Mar 7, 2009

Album Himpunan GMP-PPSMI 7 Mac 2008

Selamatkan Bahasa Kita/selamatkan anakcucu kita. Teruskan perjuangan ini..

PPSMI : Tahniah, PAS mampu menjuarai isu rakyat

Catatan ringkas




Tahniah diucapkan kepada pimpinan PAS kerana telah bersama-sama GMP-PPSMI berjaya menggerakkan rakyat didalam mengadakan himpunan pada siang tadi 7 Mac 2009.

Walaupun tidaklah seramai himpunan bersih 10 Nov 2007 dulu, namun ianya telah mengembalikan nostaligia himpunan Bersih tersebut.
Himpunan Bersih dulu ditujukan kepada Kerajaan dan SPR, dilihat lebih kepada bersifat politik sementara himpunan hari adalah merupakan himpunan bantahan semua pihak dengan pelbagai anutan politik.

Sebenarnya rata-rata rakyat tidak setuju dengan dasar PPSMI, namun atas dasar sokong kepada BN/umno mereka hanya bantah secara diam.

Kini PAS dilihat mampu untuk menjuarai isu-isu rakyat.PAS mampu berada ditengah-tengah masyarakat untuk bersama pelbagai golongan masyarakat didalam perjuangan hak-hak rakyat.Sebagai bekas seorang pendidik sekali lagi diucapkan Tahniah Untuk PAS.

Perhimpunan GMP-PPSMI 3 Mac 2009

Mar 6, 2009

Umno Memang Samseng

Samseng Di Ipoh


Samseng Di Parlimen










Samseng Semasa Persidang Umno




Umno memang diasuh supaya samseng, sejak dulu,kini dan selamanya.

Mar 5, 2009

Najib jumpa Altantuya di kelab

Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.
-Sumber Malaysiakini-

Nota: Kalau Tak silap, Datuk Seri Mohd Najib Razak Bersumpah" Saya tidak kenal perempuan itu" ..... Perempuan mana? (Kalau silap, tolong betulkan)

Mar 4, 2009

Sidang Dun Perak 3 Mac 2009

Antara Kunci Tadika dan Kunci Dewan Undangan Negeri.

Dulu masa umno Terengganu mencanangkan sebuah lakonan pelajar Tadika Kemas di halau dari balairaya dan di kunci premis tersebut, antara pemimpin umno Terengganu yang paling lantang ialah Rosol Wahid Adun Ajil bekas exco yang dipecat dari jawatan setiausaha umno Terengganu seterusnya di tewaskan oleh murid sendiri bagi jawatan Timbalan Ketua Umno Hulu Terengganu.
Isu tersebut agak 'termakang' jugak masa Pru ke 11 2004.Semua stesen Tv serta media arus perdana milik BN menjual isu tersebut.Tidak cukup dengan itu, beribu-beribu poster pelbagai saiz di naikkan sepanjang jalan dari Kemaman ke Besut dan dari Besut Ke Kemaman.

Namun semasa PRU 12 2008, isu ini sudah sangat tidak relevan di kalangan pengundi Terengganu, walaupun BN cuba bermain dengan isu tersebut.Oleh kerana tiada isu yang nak di gula-gulakan kepada pengundi Kuala Terengganu dalam PRK 36, umno/bn terus gunakan juga isu tersebut untuk "kecek" orang Kuala Terengganu,hasilnya 32883 pengundi dalam PRK 36 menolak Bn.

Kini lebih parah dari Tadika, lebih hebat dari Tadika bila Dewan Undangan Negeri Perak telah dikunci dengan notis yang tiada tandatangan, tidak cukup dengan itu polis bertopi merah di kerah dan di kawal di pintu masuk premis tersebut.Dewan undangan negeri dianggap mulia, speaker yang memanggil sidang pula telah mengeluarkan notis untuk Adun yang dipilih rakyat, bukan adun yang dilantik secara suka-suka oleh Pakatan.

Kalaulah benar sidang itu tidak sah kenapa takut? biarkanlah Adun tersebut bersidang dan membuat keputusan, kalau sidang tidak sah ,keputusan juga tidak sah.Kenapa takut?kenapa guna polis? kenapa....kenapa?.....kenapa?

Dunia melihat kejahilan intergriti, kelemahan pentadbiran, ketidaktelusan pengurusan, ini lah golongan yang merosakkan negara , golongan pengampu di kalangan pentadbir.Pegawai atasan yang tidak sudah sudah mengampu dan sanggup melanggari batas undang-undang jauh sekali meninggalkan kesusilaan.Sesungguhnya Undang-undang sudah dinodai, Rukun Negara sudah hancur.
Bandingaklan dengan berFIKIR antara kunci tadika di Terengganu dengan kunci Dewan undangan negeri di Perak.

Andainya Tiada peralihan PM selepas Mac ini.

Lewat tengahari tadi 3 . 3.2009 ketika membaca berita terkini dari laman web kegemaran, terbaca satu berita bertajuk :Perintah injunksi jika pemilihan Umno tidak ditangguh .Berita ini agak menggemparkan juga kerana sehingga semalam Perdana Menteri Abdullah Badawi masih mengesahkan akan ada peralihan kuasa pada mac tahun ini.(walaupun tarikh sebenar belum ditetapkan).
Sehari sebelum itu juga ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Md Zin telah dilantik sebagai penasihat Agama kepada Perdana Menteri.Dr Abdullah Md Zin sebelum PRU 12 adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Apa yang menjadi tandatanya( mungkin hanya saya) kenapa dalam tempoh tidak sampai sebulan tarikh perhimpunan agong Umno yang dijangka kan pada tarikh tersebutlah Pak Lah akan serahkan jawatan PM kepada Mohd Najib Razak, Pak lah boleh melantik seorang Penasihat Agama yang baru?Kenapa tidak ditunggu 3 minggu sahaja lagi, untuk diserahkan kepada PM baru bertindak memilih pengganti Penasihat Agama PM yang lebih sesuai dgn diri beliau.

Semestinya dan umum sedia maklum, sekiranya perhimpunan agung umno ini berjaya ditangguhkan sudah pasti pelan peralihan kuasa antara PM dan TPM juga tertangguh dengan sedirinya.
Kalau ini berlaku alangkah kecewanya para individu yang sudah merancang, menyusun arahtuju kedudukan kabinet serta kepimpinan peneraju negara ini nanti.
Mohd Najib sudah tentulah merupakan insan yang paling kecewa.Rancangan beliau mengelirukan rakyat Perak dengan penuh hina juga tidak membuahkan sesuatu yang baik, malah menyerlahkan lagi tembelang dan temberang seorang bakal Perdana Menteri.

Kini Mohd Najib sekiranya berhajat sangat untuk menjadi PM dan sememangnya beliau sangat berhajat.Apa yang pasti jika pelan peralihan ini tidak berlaku pada mac 2009 ini, ruang dan peluang Najib untuk untuk mendiami Sri Perdana amat tipis atau semacam sudah tertutup terus maka hanya ada satu lagi tindakan yang boleh diambil oleh Najib untuk merealisasikan hasrat besar beliau itu.Najib mestilah menggunakan panduan yang sama seperti yang telah beliau laksanakan di negeri Perak.Mungkin nampak hina dan lucu, tapi inilah cara terbaik buat beliau.



Beliau memastikan ahli Parlimen BN sudah cukup untuk menyokong beliau, kalau tidak cukup beliau boleh merancang sepertimana yang berlaku terhadap Adun Cangkat Jering dan Adun Behrang.Setelah proses tersebut selesai dan beliau yakin dengan sokongan ahli Parlimen BN yang ada berpihak kepada beliau dan jika masih juga tidak cukup Najib boleh lakukan juga seperti Adun Bota dengan mempelawa ahli Parlimen Pasir Mas Datuk K.Ibrahim Ali untuk menambahkuat lagi sokongan terhadap beliau.

Setelah beliau yakin dengan sokongan tersebut, beliau boleh lah memohon mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan mempersembahkan bahawa beliau sudah mendapat sokongan dari majoriti ahli Parlimen dan telah bersedia untuk mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Malaysia ke 6.Beliau boleh lah menjadi PM sekiranya DYMM Agong memperkenan persembahan beliau itu walaupun dalam keadaan PAk Lah masih tidak melepaskan jawatan PM . Ini lah jalan yang terbaik bagi Najib, jalan dan langkah yang sama beliau lakukan di Perak.Sementara itu Muhyiddin Yassin yang sudah mengaku bahawa beliau adalah pilihan Najib, boleh lah mengangkat Sumpah sebagai TPM bagi mengisi jawatan tersebut yang telah dikosongkan oleh Najib.

Selamat mengangkat sumpah Untuk Mohd Najib Razak sebagai PM Malaysia yang baru.

Mar 1, 2009

Kesian Mak Cik....tidur pun Tak cukup....




Kesianya......ni kalau bagi bantal terus lelap je ni