May 5, 2011

TANDATANYA JAMUAN RAKYAT SEMPENA LAWATAN NAJIB

Pada malam Jamuan Rakyat sempena lawatan Najib Ke Terengganu pada malam 30 april 2011 di Taman ShahBandar Kuala Terengganu, sesuatu yang pelik telah berlaku. Jamuan tersebut kemungkinan besar anjuran Umno Terengganu. Jika benar begitu sudah barang tentu ianya telah menjadi tanda tanya kepada umum.


Kalau benarlah anjuran Umno Terengganu, mana kelibat Yahaya Khatib? Mat Said ada, Tengku Putera ada , juga dipentas utama ialah Wan Ahmad Farid.

Ahmad Said adalah Pengerusi Umno Terengganu, Tengku Putera pula adalah Setiausahanya dan Wan Ahmad Farid Ketua Umno Kuala Terengganu(Mungkin selaku tuan rumah) akan tetapi kenapa kelibat Timbalan Ketua Umno Terengganu tidak kelihatan?




Apakah Yahya Khatib menunaikan umrah? sakit? atau sememangnya ada tetapi sengaja tidak hadir? Kalau lah anjuran kerajaan negeri mungkin Ahmad said Selaku MB, Tengku Putera selaku YDP Dewan Undangan Negeri tetapi Wan Ahmad Farid atas jawatan apa,? juga kalau anjuran kerajaan negeri sudah barang tentu Setiausaha kerjaan Negeri juga berada di pentas utama bersama Najib.

Kenapa ye yahaya Kahtib tidak bersama di pentas utama? biarlah ianya menjadi teka-teki sementara , sehingga jawapan ditemui nanti. Atau mungkin juga ada kena mengena dengan kain rentang yang di naikan di Bandar Marang dan Pekan Wakaf Tapai baru baru ini.



2 comments:

Anonymous said...

Walau bagaimanapun Barisan Nasional tetap menjadi pilihan rakyat Hulu Teganung untuk pilihanraya akan datangg...Tempat laing ambe dok tahu....walaupun begitu awok2 barisang nasional jangang duduk selesa...stakak ari ning Barisan Nasional a.k.a UMNO masih menjadi parti yang memberi kurang mudarat untuk rakyat keseluruhannya....

Anonymous said...

Jahak sungguh orang PAH ning...cuber cek website ning...http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=5768....dohlah fitnah melampau..mung tahu dok dosa org pitnah ning natang aper...cakak agama siang malang...tapi perbuatan lebeh truk dari org yahudi..kalu org yahudi senang plopp nok kira, sebab mmg napok scara lasor..ork ning tunggang tunggik siang malang, cakak agama siang malang tapi perbuatan dok menggambarkan hal yg nok dibawa..wallahhualam