May 11, 2010

Program ‘Melayu Bangkit’ bersifat perkauman

PAS melihat program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) pada 13 Mei ini jelas bersifat perkauman untuk membangkitkan semangat orang Melayu.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, program itu tidak sihat dan tidak wajar untuk diadakan dalam keadaan rakyat sedang bersatu ke arah mewujudkan perpaduan.



"Ini sudah tentu satu perkara yang tidak sihat dan tidak wajar untuk diadakan di persada tanah air di saat kita sudah merdeka 50 tahun dan Perdana Menteri membangkitkan slogan 1Malaysia,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, pagi ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi Gertak, Razali Idris yang disiarkan di sebuah akhbar semalam yang menyatakan bahawa tarikh 13 Mei dipilih untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tarikh tersebut.

"Ini satu kenyataan yang serius yang menyebut secara nyata dan terang memilih tarikh tersebut untuk membangkitkan semangat Melayu ini. PAS memandang tindakan ini sebagai sangat tidak bertamadun," kata Salahuddin.

Justeru, PAS katanya meminta seluruh rakyat menyedari tentang bahaya kumpulan yang cuba mewujudkan sentimen perkauman ini.

"Kita minta rakyat Malaysia sedar dengan kewujudan kumpulan yang sangat berbahaya ini, yang cuba membangkitkan kembali semangat perkauman di negara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau juga menegaskan, tidak salah jika Umno BN ingin mengadakan program sedemikian tetapi harus memilih topik yang lebih sihat dan tidak menyentuh sensitiviti perkauman.

"Kita harap program ini diadakan dengan topik yang lebih sihat.

Beliau juga khuatir Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu yang dilibatkan secara langsung dalam program itu, dipergunakan untuk politik sempit Umno.

"Saya sangat aktif dengan IIM dan banyak perkara yang dibangkitkan dalam IIM. Tapi IIM Terengganu dilibatkan dalam program yang sangat sempit dan ekstrem ini.

"Jadi saya minta Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap IIM Terengganu yang boleh dipergunakan oleh puak-puak yang ekstrem ini kerana saya yakin di belakang program ini adalah Umno," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula berharap program itu dibatalkan.

Belau berkata, ianya jelas melibatkan Unit Perancang Ekonomi di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.

Beliau mempersoalkan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dijangka akan menghadiri program itu.

"Saya nak tanya Mahathir, adakah dia nak hidupkan kembali semangat perkauman ini? Dia sebagai negarawan, nak hadir ke program sebegini. Ini yang amat dikesalkan," katanya.

Program itu akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu.

* Komen : Tak Takut runtuh ke ??? Mana tahu kut 13 Mei ni runtuh pulak.

4 comments:

Anonymous said...

Manusia Melayu ni tak pernah belajar dari sejarah.Hancur Melayu kerana Melayu.Tumbang pokok kerana kayu juga.Kalau mata kapak tak diberi hulu kayu tak akan tumbang pokok tu.

Bila Melayu nak bangkit kesedaran Melayu macam-macam melayu bodoh ni buat andaian. Cina dah lama beri semangat kepada cina dengan membangkitkan mereka kelas dua,menyebabkan mereka bekerja keras untuk berjaya dalam semua bidang.

Apa bila sedarkan Melayu tentang kedudukan mereka yang perlu bersaing dan berusaha keras perkaumankah?

Hei bahlol jika Melayu dah tak ada kuasa politik,ekonomi,pendidikan dan jadi penjilat tak kira parti apapun Melayu macam ini lebih hina dari anjing. Dan yang menjadikan melayu ni anjing Melayu macam kaulah dan melayu pas dan pkr bahlol.Melayu macam kau mahu semua Melayu jadi kuli dan bodoh supaya kau orang boleh tipu dan menikmati hasil tipu. Sebab tu semua benda yang untungkan Melayu kau tentang dan bina persepsi jahat.Melayu macam kau nilah pengkhianat dan tak patut hidup ditanah tumpah nenek moyang ini.

mamatkeling said...

Allah tanya tak di akhirat kelak, awak berjuang melayu ke?

kelingputih said...

Berapa kali kah Allah Firman dalam Al-Quraan perkataan Melayu.

Berapa Kali nabi bersabda dalam hadith perkataan Melayu?

Anonymous said...

Masa PAS memerintah...gambor Tuan Guru Haji Hadi besor bapok sbl sampai lapangan terbang telaga batin....tak ada pon orang marah...Orang Pas berbulu sebab tu jer..sebab gambor..sebab takdok doh gambor sek2 dia di papan2 tanda hok besor2 bapokk.....bukan sebab lain pon...dekki...jamang dia wat akdok hal pon..ikut panda mung ahh nok letok mnderr..takdok orang larang pong....aci kerat jari kalu sebab buat prgreng tu...sebab gambor jer tu dia berbulu...di kelantan gambor tuan guru nik aziz dimerata tempat..ok ahh gittu..mung peretohh..ikut pandar ahh..buleh ahh letokk...hok ajor dluu sapa?...ekelehh...ser agi derrer( bendera)..dia bullu gok...sbl pas menang diteganu dlu takdok sgt derra2 dgn gambo ning...lepah dia ambik pekhh...ngata cerok dia letokk...lepah bn ambik plokk..org nok wak gitu dia wasser bullu...pegii daa.....