May 6, 2008

Kita Buat Pernilaian Bersama

Ni Dua barang yang sama, cuma bauannya yang berbeza,
Satu dibeli dari SABASUN dan satu lagi EW h'ware
Harga yang membezakan benda ini
SABASUN RM7.99 EWh'ware RM8.90
(Sila Klik pada imej untuk gambar yg jelas)

May 5, 2008

ISTEMEWANYA ADUN PAS DI TERENGGANU




Akhirnya Dato' Tengku Putera Awang, Timbalan Pengerusi Umno Terengganu telah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu selepas beliau dicalonkan oleh YAB Menteri Besar dan di sokong oleh Adun Seberang Takir.


Walaupun sebelum ini ada ura-ura satu pihak lain juga dari Adun Kerajaan yang akan mencalonkan seorang tokoh veteran umno dari bahagian Kemaman, namum ianya tidak berlaku sehingga Dato' Tengku Putera disahkan sebagai Speaker Dun Terengganu untuk penggal ke -12.


Kedua-dua team dalam umno/BN sebenarnya amat terdesak sekarang kerana antara mereka sudah saling tidak mempercayai.




Gambar sebelum penamaan calon Pru ke-12 .Penamaan calon 24.2.2008.Ini adalah penyokong Dato' Tengku Putera yang datang dari Hulu Terengganu

Team MB dan team Rosol cuba menagih simpati Wakil Rayat PAS seramai 8 orang didalam DUN Terengganu.Beberapa hari sebelum persidangan bermula, kedua-dua team ini difahamkan telah menggunakan individu tertentu sebagai penghubung dengan Adun PAS untuk memastikan calon speaker yang mereka tonjolkan menang sekiranya ada perlawan dalam percalonan speaker.

Team yang diketuai oleh Dato' Rasol (Team 12) diberitakan akan mencalonkan seorang veteran umno yang tidak disenaraikan semula sebagai calon Dun dalam piliharaya umum ke -12 baru-baru ini.Namum cita-cita team 12 tidak diteruskan setelah mereka tidak mendapat jaminan dari 8 Adun PAS untuk menyokong veteran umno itu sebagai speaker.
Penyokong Tengku Putera berdemo depan kediaman rasmi MB (Idris Jusoh)
apabila mengetahui ,Tengku Putera digugurkan sebagai calon BN Parlimen Hulu Terengganu
(Calon BN Hulu Terengganu adalah Cikgu Mat
Noor@Cikgu Lias)

Dipihak yang satu lagi ( team MB) juga menggunakan cuba menggunakan pihak tertentu untuk menagih simpati Adun PAS bagi memastikan Dato' Tengku Putera menang sebagai speaker.Tindakan ini diambil selepas mereka dapat menghidu yang team 12 akan mengemukakan calon lain sebagai speaker.
Inilah yang menjadi istimewanya Adun Pas Terengganu walaupun hanya mempunyai 8 kerusi.
Mereka menjadi penentu kepada pertikaian antara kedua-dua team BN dalam kerajaan Terengganu.

Dengan pengalaman sebagai Adun, Exco,ahli Parlimen dan Timbalan Menteri, diharap Dato' Tengku Putera dapat menjalankan tugas dengan baik dan adil seterusnya memastikan dewan undangan Negeri Terengganu dapat di pulih semula bagi membicangkan perkara-perkara untuk kebajikan dan kebaikan rakyat Darul Iman ini.

Kita tidak mahu panggilan "speaker cap ayam" berulang lagi seperti penggal lepas.

May 4, 2008

Terima Kasih Tranungkite & Marhaen

Pada kesempatan ringkas ini, ct ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada wm Tranungkite dan laman Marhaen kerana telah menjadikan blog ct sebagai link blogger dilaman tersebut.
Bagi ct ini merupakan satu penghormatan yang besar dari sebuah laman gergasi tranungkite dan marhaen kepada blogger kerdil seperti ct.
Semoga tindakan memberi link kepada blog ini, menambah minat dan usaha ct untuk terus menulis.
Hampir seminggu membuka blog ini, barulah ct sedar rupa-rupa menjadi blogger tidaklah semudah yang disangkakan selama ini. Namum ct berjanji akan terus menulis dan mencari bahan-bahan semasa yang mungkin belum ditemui dilaman lain.
Semoga pengunjung semua mendoakan semoga ct diberi kekautan untuk terus menulis.Dengan tugasan tanggungjawab sebagai warga pendidik, isteri kepada suami, ibu kepada 4 anak ,ct cubakan jua untuk terus menulis.Seperti kata dato' Seri Anwar Ibrahim " Saya sudah masuk Parlimen, saya tidak akan keluar" ct juga kini berkata"Ct sudah mula menulis, ct tidak akan berundur selagi ada kekuatan"
Doakan lah.

May 3, 2008

Selamat Bersidang DUN Terengganu.

Persidangan Pertama penggal ke 12 Dewan Undangan Negeri Terengganu akan diadakan seperti berikut
Tarikh : 5 Mei 2008 - 8 Mei 2008

Dewan kali ini diisi dengan perlantikan speaker, angkat sumpah ahli Dewan, Perasmian dan persidangan pada hari terakhir.

Kalau ct tak silap, Dun Terengganu mesti bersidang juga dalam minggu ini bagi memastikan 32 Adun yang menang dalam PRU ke-12 mengangkat sumpah sebelum tamat tempoh 60 hari dari tarikh kemenangan. Ct difahamkan kalau seandainya tiada majlis angkat sumpah dalam tempoh yang ditetapkan dewan akan terbubar dengan sendiri( betul ke maklumat, kalau ada sesiapa yang tahu sila perjelaskan)

Dewan Terengganu bagi Ct adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu kehadiranya,walaupun mungkin tidak sehebat parlimen, namum beberapa kejadian selepas PRU ke-12 menjadikan DUN Terengganu itu mendapat perhatian.
Ada beberapa perkara menarik dalam DUN Kali ini:-
Seorang Bekas MB yang juga ketua Parti memerintah negeri tidak menjadi MB.

Perlantikan Speaker juga menjadi tumpuan dan ditunggu-tunggu .

Ada juga spekulasi yang menyatakan 13 ADUN yang masih juga setia dengan Idris Jusoh , tidak hadir ke DUN Terengganu( untuk tidak mengangkat sumpah)

Ada satu lagi spekulasi yang menyatakan satu usul tergempar " Undi Tidak Percaya Kepada MB Terengganu" yang akan di bawa oleh salalah seorang ADUN nanti.

Juga akan dilihat apakah bentuk soalan yang akan di kemukakan puak pembangkang dalam kerajaan ( geng 13)( sekiranya dua spekulasi di atas tidak berlaku)
Ct ada menerima beberapa pandangan soalan tambahan dari pengunjung blog ini, beliau meminta ct menyalurkan soalan ini kepada beberapa Adun dari kem 13.

Antaranya:-
YB Dato' Rosol di saranankan supaya membuat soalan tambahan kepada Menteri Besar Terengganu.
1.Apakah Rasionalnya Kerajaan negeri membuang perkataaan "Hadhari" didalam Jawatankuasa Islam yang dipengerusikan oleh Adun Batu Rakit?

2.Mengapakah Kerajaan Negeri, sehingga sekarang tidak mewartakan Masjid Kristal untuk solat jumaat?

Untuk YB Dato' Din Adam pula soalan tambahan yang disarankan ialah:-
1. Hasil siasatan kerajaan Negeri, apakah sebenarnya yang menyebabkan struktur bumbung Komplek stadium Gong badak runtuh baru-baru ini.

2. Apakah kerana dengan runtuhnya struktur bumbung stadium tersebut yang menyebabkan tempoh siap stadium tersebut tertunda beberapa kali, atau ada penyebab lain yang mejadikan ia lambat siap.

Sementara untuk YB Dato' Seri Idris jusoh soalan tambahannya ialah:-
1.Sila berikan secara detail bagaimana RM1.5 Billion Wang petronas untuk Trangganu dibelanjakan.
2. Apakah kreteria sesuatu projek itu dapat membolehkan untuk mengunakan wang ehsan ini ?
3. Apakah rasional Kerajaan negeri meminta kerajaan pusat mengembalikan royalti Petrolium sebnayak 5% ?, sedangkan kerajaan BN sebelum ini tidak berbuat demikian.

Sebelum ini Kerajaan negeri melalui UKOM yang dipimpin oleh En Roslan Abdul Rahman telah membuat siaran langsung dengan baik sidang dun Terengganu.Cuma sedikit keciwa bila sebelum ini ketika wakil pembangkang berucap atau berhujah suaranya langsung tidak kedengaran,apakah setiap kali wakil pembangkang berucap ketika itu PA system di UKOM akan rosak atau sistem pada WM encoder akan mengalami gangguan ketika itu?
Ct harap sungguh-sungguh agar En.Roslan Abdul Rahman dan En. Kamaruddin Mat Arkib mengambil tindakan supaya perkara tersebut tidak akan berlaku lagi.

Selamat Bersidang ADUN Terengganu.

FITNAH-catatan ringkas sebelum ke KT

'Fitnah lebih bahaya daripada membunuh'....Semua orang boleh menulis dan berkata begitu, malahan ramai orang ingin melepaskan diri pun berkata demikian.Pokoknya ialah ramai yang tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham apa itu fitnah.

Ct sebutkan dibawah , cerita sensasi ini telah berjalan dari mulut ke mulut.cerita sensasi seorang adun yang buat kerja dok molek itu di sebarkan oleh penyokong keris telanjang, sebab itu ct tegaskan supaya ianya mestilah dinafikan, atau ajarlah penyokong keris telanjang supaya tidak menyebar benda tak betul tu.

Namum begitu ketika makan nasi ikan baung di kg Telaga,semalam, orang keris masih sebut-sebut lagi cerita itu.Malahan siap sebut nama kampung lagi, rumah mangsa pun nak ditunjuk.

Ct tak mau campur(sekadar benci dalam hati) kalau betul si ADUN tu buat kerja laknat itu ct benci dalam hati dan andai dia tak buat pun ct tetap juga benci kepada orang-orang yang membawa cerita" fitnah" ini. Yang paling ct lebih benci dan kutuk ialah mereka-mereka yang cuba melindungi orang yang membuat kerja mungkar.

May 2, 2008

Janji Tinggal Janji

(apa beza pokok nasi, pokok beras dan pokok padi?)
Ada seorang wakil rakyat Bn yang tidak lagi menjadi exco, mendakwa bahawa beliau telah berjaya melaksanakan dan menunaikan tanggungjawab semasa beliau menjadi Adun 1999-2008.
Beliau mendakwa antara kejayaan beliau memperkenalkan jagung hibrid didalam DUN beliau serta mewujudkan"ladang"rockmelon dan juga ladang limau berteknologi baru.

Sebenarnya menurut seorang kawan saya yang bertugas di pejabat Pertanian projek jagung hibrid sebenarnya satu projek yang dirancang oleh Kerajaan negeri, projek yang dibanggakan oleh adun di dalam kawasan beliau tak sampai 1/10 dari 50hekta kawasan yang peruntukkan oleh projek itu di Hulu Terengganu dengan jumlah pesertanya ialah 18 orang keseluruhan.

Idris Jusoh (semasa jadi MB)memetik Jagung di Program Tanaman Jagung Hibrid, Program tersebut tanpa kehadiran exco Pertanian
Kalau beliau dakwa perkenal,sebenarnya petani Setiu dan Dungun lebih kenal Jagung tersebut kerana mereka lebih dulu tanam jagung tersebut secara tradisional selepas mendapat benihnya dari Jabatan Pertanian.

Ladang rockmelon fertegasi mampu menghasilkan beribu-ribu tan Rockmelon,bukan hanya 20-100 tan sahaja
Kemudian Adun ni pula dakwa mewujudkan ladang rockmelon, saya rasa sedih apabila seorang Adun merasa kebun fertigasi yang seluas itu dipanggil ladang fertegasi .Patutlah Terengganu gagal dalam pertanian,kerana walaupun luas pertanian tak seberapa, tapi dipanggil ladang,ianya seolah-olah menggambarkan satu ladang yang sangat luas.Lagi beliau mendakwa berjawa melahirakan tanaman limau berteknologi baru.Saya minta penjelasan dari kawan saya di pejabat pertanian adakah betul wujud ladang limau
Ladang fertegasi rockmelon ditanam sehingga 200-500 ha tanah, bukan sekadar 2-3 ha. je.
berteknologi baru di kampung yang dimaksudkan, dia menjelaskan memang ada kebun limau dikawasan tersebut tapi bukanya ladang( Kena belajar maksud bagi istilah kebun dan istilah ladang)tetapi beliau sendiri tidak tahu yang ada teknologi baru untuk limau disitu.Ct mengusik beliau"tidak semestinya awak tak tahu teklogi baru tak ada" kawan ct menjelaskan, beliau check rekod dan sememangnya tiada pun teknologi baru yang didakwa oleh Adun Tersebut.
Adun tersebut juga mendakwa kejayaan beliau membina beberapa jalan jambatan untuk kampung tertentu dalam DUN Beliau. Kalau itu alasan kejayaan beliau, Di Dun Wakaf Mempelam dan Rhu Rendang ada jalan 2 link, jalan jalan kampung di tepi taliair Di Wakaf Mempelan, Rhu Rendang serta manir dan Batu Buruk jauh lebih baik dan lebih kukuh binaannya berbanding dengan kawasan Adun tersebut.

Kalau itulah yang fahami sebagai telah bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan sempurna, bagi ct adun kena dikursuskan semula di Pusat Pupuk Semangat bagi mengenali tugas sebenar sebagai Ahli Dewan Negeri.
Lagipun bagi ct apa yang didakwa oleh kejayaan itu adalah kejayaan pertanian sahaja, tiada ke kejayaan lain, seperti berjaya mengawal aktiviti tidak bermoral di beberapa perkampungan Felda dalam Dun YB tersebut.Ct tidak bercadang untuk menyebut satu persatu, gejala sosial tersebut dan di Felda mana perkara tersebut itu berlaku, Sebagai wakil Rakyat sepatutnya YB tersebut lebih tahu apa yang berlaku di halaman beliau.
Seperkara lagi, masih kah Adun tersebut ingat semasa beliau menjadi exco, dengan sombong beliau mendakwa Kerajaan PAS 1999-2004 tidak membela nasib pekerja kontrak Yayasan Pembangunan Kelurga, lalu diatas jawatan beliau sebagai exco dengan penuh yakin mengumunkan bahawa semua kakitangan YPK akan mendapat jawatan dan bergaji tetap dan berpencen.Sehinggalah beliau tidak lagi menjadi exco, bukannya pegawai kontrak yang diserap ke jawatan tetap, malah Tadika YPK di Lembah Kelang telah ditutup menyebabkan berpuloh-puloh guru tedika tersebut hilang sumber pendapatan.
Sekarang dah tidak exco lagi, maka
JANJI TINGGAL JANJI

Apr 30, 2008

Catatan ringkas Pulang Dari sekolah-sms

Perhubungan Umno Tidak mesyuarat lagi....

Mungkin kerana terlalu kecewa dan tidak sanggup berhadapan dengan anggota perhubungan umno Terengganu, termasuk 4 Ketua bahagian yang jelas menolak beliau, maka sehingga semalam ct menerima sms dari teman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, pejabat umno belum menerima arahan supaya mengadakan mesyuarat Perhubungan umno Terengganu.
Kalau pun Ketua Perhubungan berada di Luar Negara, mengapa tidak sahaja Timbalan yang mengarahkan suapaya mesyuarat diadakan.
Mana mungkin setiausaha perhubungan umno Terengganu Rosol wahid menerima Tg Putera Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut.Silap haribulan mesyuarat tersebut bakal memecat setiausaha Perhubungan yang sangat celupar dengan istana itu.
Seketika dulu ketika ditanya oleh wartawan tentang mesyuarat Umno Negeri, Rosol menjawab "belum ada arahan dari pengerusi untuk itu"



Apr 29, 2008

KALAU BEGITU KEMANA ARAHNYA?

Dalam kegawatan politik tanahair hari ini,ada dua perkara yang menjadi minat saya untuk memberi perhatian.


Pertama, keghairahan YBM Tengku Razaliegh Hamzah hendak bertanding merebut jawatan Presiden Umno.Beliau secara dasarnya telah mengisytiharkan bahawa beliau sudah pasti akan merebut jawatan tertinggi dalam Umno itu.Ini bermakna, samada Abdullah Ahmad masih mahu bertanding atau mengundur diri dan menyerah kepada Najib Razak, Tengku Razaleigh akan hadapinya.Fokus saya dalam isu ini ialah Menteri Penerangan sekarang yang juga MP Kemaman, Datuk Ahmad Sabery Chek.

Beliau sememangnya diketahui umum adalah anak didik Tengku, beliau telibat secara terus dengan politik adalah hasil tonjolan Tengku.

Sebelum itu beliau adalah pimpinan kampus UM sekitar awal hingga pertengahan 80an.Selepas beliau Jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) diambil alih oleh YB Mohamad Hussain iaitu MP Pasir Putih(maaf kalau silap) yang terpilih baru-baru ini.

Kemudian Ahmad Sabery menjadi pensyarah di UM,akhirnya beliau meletakan jawatan untuk bertading dalam pilihanraya kecil DUN menentang Ahmad Said, MB Terengganu sekarang.Ketika itu Ahmad Sabery bertanding atas tiket S46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh.Beliau tewas dalam pilihanraya kecil tersebut.Kemudian pilihanraya umum ke-8 sekali okt 1990 sekali lagi beliau bertanding atas tiket S46 di Dun Kijal dan kalah juga.

Ketika ini beliau adalah pembawa beg kepada Tengku Razalegh kemana sahaja atas urusan Parti.

Selepas tewas di Parlimen Kemaman dalam PRU ke 10 pada tahun 1995turut sama Tg Razaleigh membubarkan S46 dan menyertai UMNO, hubungan beliau tidak pernah putus, malah beliau penah menyebut bahawa TG Razaleigh adalah Sifoo beliau dalam politik.

Pada tahun 1999 pru ke 10 beliau bertanding atas tiket BN menentang Abdul Rahman Yusof dari parti KeADILan.
Kemudian beliau menang di Parlimen Kemaman pada PRU ke-11 mengalahkan A.Rahman dan seterusnya dilatik setiausaha Kementerian Luar.Pada tahun ini beliau dinaikan pangkat sebagai Menteri Penerangan.


Sepanjang ingatan dan pengetahuan saya, Ahmad Shabery masih sangat rapat dengan Tg Razaleigh sehingga sekarang.Oleh itu , bagaimana sikap Ahmad Shabery apabila TG Razaleigh akan menjadi calon Presiden nanti. Pada saya, tidak mustahil beliau akan menggunakan ruang yang ada di jabatan Penerangan , termasuk TV dan radio untuk memastikan kemenangan kepada Tg Razaleigh dalam pertembungan merebuta jawatan Presiden Umno....

Bersambung.......

Siapa & kenapa ADUN keluar Negera bersama Idris ?

Kalau di Kuala Lumpur heboh sehari dua lepas, kisah bekas seorang menteri yang juga masih ahli Parlimen mencabul seorang pekerja hotel, di Kuala Berang tidak kurang juga hangatnya, malah lebih panas dan sensassi dari berita di Kuala Lumpur.

Di Kuala Berang kes yang disebut sebut dari kepala jambatan, di pasar, dibawah pokok bunga cempaka, di warung warung nasi malaya, sangat hangat kerana ianya kerana berkaitan dengan kerosakan sosial searang ADUN yang dipilih dalam PRU ke-12 baru-baru ini.

Kes nya ialah seorang wanita telah ternoda akibat digoda oleh Adun berkenaan.
Paling tidak enak didengar, ada pula yang jadi galangganti bagi adun tersebut.

Memandang cerita ini belum dinafikan oleh mana-mana pihak malah setiap yang menceritakan hal ini beria-ia menyatakan berita ini betul, malah siap sebut kampung wanita terbabit.
Supaya tidak ramai yang berdosa membawa berita, maka saya mengharap sungguh-sungguh agar kepimpinan tertinggi BN Terengganu membuat suatu penafian terbuka.
Lebih menarik lagi,ADUN berkenaan telah sama-sama keluar Negeri bersama mantan MB Terengganu DS Idris Jusoh, ketika isu ini hangat diperkatakan.

Oleh itu disini, sekali lagi diminta agar pihak-pihak tertentu membuat penafian terbuka, selagi tiada pernafian terbuka, rakyat menganggap berita dan cerita ini betul dan benar

Apr 27, 2008

Terengganu Bakal Terima nasib seperti Zaman PAS ?

Menteri Besar Terengganu , YAB Dato' Hj Ahmad Said beberapa hari lepas merayu dan melawan arus dengan meminta supaya kerjaan pusat mengembalikan royalti petrolium sejumlah 5% yang ditarik pada tahun 2000 semasa pemerintahan di Terengganu.

Kalau dilihat pada cara Dato' Ahmad Said meminta semula ( merayu) seolah-olah beliau agak menungkah arus.Mungkin selepas hampir sebulan menerajui kerjaan Terengganu, beliau sudah merasai bertapa peritnya mentadbir Terengganu tanpa kehadiran lambakan wang hasil royalti tersebut.

Secara peribadi, saya merasakan ini merupakan satu tekanan Pak Lah terhadap YAB Dato'Ahmad Said kerana beliau juga telah menungkah arus menentang kehendak Pak Lah didalam krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu tempoh hari.

MB Terengganu itu berkemungkinan besar akan menerima nasib seperti Kerajaan Terengganu semasa pemerintahan PAS dahulu.

Penarikan royalti ini adalah merupakan kerja jahat Umno Terengganu itu sendiri.Ini kerana usul penariakan royalti ini telah dibawa oleh Awang Jabar , ketua Umno Bahagian Dungun ketika itu didalam perhimpunan Agung Umno 2000.

Pada tahun 1975, kerajaan negeri Terengganu menandatangani perjanjian dengan Petronas dan Terengganu akan mendapat royalti lima peratus dari hasil minyak yang dikeluarkan.
Pada tahun 1987, satu lagi perjanjian ditandatangani antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas dan sekali lagi ditegaskan dengan jelas dalam perjanjian itu, Terengganu akan menerima royalti lima peratus dari Petronas.

Namum atas rasa dengki dan khianat maka umno Terengganu telah membawa usul tersebut, akhirnya royalti Petrolium tersebut telah di tarik balik dan dinamakan dengan wang ihsan yang belanjakan melalui saluran pusat.Ketika itu saluran wang ihsan sebahagian besarnya disalur melalui Idris Jusoh selaku pengerusi KETENGAH yang juga ketua perhubungan Umno Terengganu.

Melihat kepada suasana hari ini, tidak mustahil sekali lagi Idris Jusoh akan dilantik sebagai pengerusi sebuah agensi kerajaan pusat dan beliau terus dikekalkan sebagai pengerusi perhubungan Umno Terengganu.

Menyedari hakikat itulah maka pada hari semalam, Ahmad Said telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau kini bersedia untuk menerajui Umno Terengganu dengan mengambil alih jawatan Pengerusi Umno Terengganu.Namum, adakah Pak Lah akan menyerakah jawatan itu kepada Ahmad Said, walaupun secara tradisinya Jawatan Ketua Umno negeri dipegang oleh MB yang memerintah negeri tersebut.Pak Lah juga manusia biasa, beliau juga boleh bertaklik "Secara tradisinya MB sesebuah negeri yang diperintah dipilih oleh Presiden Parti"

Isu rayuan royaltipun sudah diulas oleh Pak Lah yang menunjukkan reaksi seolah-seolah royalti petrolium Terengganu akan kekal dengan keadaan sekarang.

Dipihak PAS Terengganu pula, jelas kelihatan keikhlasan mereka apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Hj Mustaffa Ali memberi respon segera bersetuju supaya hak royalti tersebut dikembalikan kepada rakyat Terengganu.Mungkin pengalaman memerintah Terengganu 1999-2004 memerlukan Terengganu kepada wang itu, walaupun sekarang Terengganu diperintah Oleh Umno/BN.

Atau mungkin hikmat Allah tidak memberi kemenangan kepada Parti Islam di Terengganu pada PRU ke-12,selepas ini Ahmad Said berjaya mendapat semula royalti dari pusat dan akhirnya pada PRU ke-13 Parti Islam itu dapat menawan Terengganu, seterusnya mengurus negeri dengan selesa.
Sama-sama kita tunggu,lihat dan doakan.


Tuan Guru Hj Abdul,ketika solat hajat isu perampasan royalti Petrolium Terengganu 2000Di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Kuala Terengganu