Apr 29, 2008

KALAU BEGITU KEMANA ARAHNYA?

Dalam kegawatan politik tanahair hari ini,ada dua perkara yang menjadi minat saya untuk memberi perhatian.


Pertama, keghairahan YBM Tengku Razaliegh Hamzah hendak bertanding merebut jawatan Presiden Umno.Beliau secara dasarnya telah mengisytiharkan bahawa beliau sudah pasti akan merebut jawatan tertinggi dalam Umno itu.Ini bermakna, samada Abdullah Ahmad masih mahu bertanding atau mengundur diri dan menyerah kepada Najib Razak, Tengku Razaleigh akan hadapinya.Fokus saya dalam isu ini ialah Menteri Penerangan sekarang yang juga MP Kemaman, Datuk Ahmad Sabery Chek.

Beliau sememangnya diketahui umum adalah anak didik Tengku, beliau telibat secara terus dengan politik adalah hasil tonjolan Tengku.

Sebelum itu beliau adalah pimpinan kampus UM sekitar awal hingga pertengahan 80an.Selepas beliau Jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) diambil alih oleh YB Mohamad Hussain iaitu MP Pasir Putih(maaf kalau silap) yang terpilih baru-baru ini.

Kemudian Ahmad Sabery menjadi pensyarah di UM,akhirnya beliau meletakan jawatan untuk bertading dalam pilihanraya kecil DUN menentang Ahmad Said, MB Terengganu sekarang.Ketika itu Ahmad Sabery bertanding atas tiket S46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh.Beliau tewas dalam pilihanraya kecil tersebut.Kemudian pilihanraya umum ke-8 sekali okt 1990 sekali lagi beliau bertanding atas tiket S46 di Dun Kijal dan kalah juga.

Ketika ini beliau adalah pembawa beg kepada Tengku Razalegh kemana sahaja atas urusan Parti.

Selepas tewas di Parlimen Kemaman dalam PRU ke 10 pada tahun 1995turut sama Tg Razaleigh membubarkan S46 dan menyertai UMNO, hubungan beliau tidak pernah putus, malah beliau penah menyebut bahawa TG Razaleigh adalah Sifoo beliau dalam politik.

Pada tahun 1999 pru ke 10 beliau bertanding atas tiket BN menentang Abdul Rahman Yusof dari parti KeADILan.
Kemudian beliau menang di Parlimen Kemaman pada PRU ke-11 mengalahkan A.Rahman dan seterusnya dilatik setiausaha Kementerian Luar.Pada tahun ini beliau dinaikan pangkat sebagai Menteri Penerangan.


Sepanjang ingatan dan pengetahuan saya, Ahmad Shabery masih sangat rapat dengan Tg Razaleigh sehingga sekarang.Oleh itu , bagaimana sikap Ahmad Shabery apabila TG Razaleigh akan menjadi calon Presiden nanti. Pada saya, tidak mustahil beliau akan menggunakan ruang yang ada di jabatan Penerangan , termasuk TV dan radio untuk memastikan kemenangan kepada Tg Razaleigh dalam pertembungan merebuta jawatan Presiden Umno....

Bersambung.......

1 comment:

Ramli Abdul Halim (melikapakjangak) said...

Salam Ustazah! Saya dapati tulisan ustazah di blog ustaz bermaklumat. Bagi memudahkan saya menjenguk blog ustazah dan memetik ilmu dan maklumatnya, mohon keizinan untuk linkan blog ustazah dalam blog saya dan saya gunakan USTAZAH KUALA BERANG untuk mudah diingat.
Semuga ustazah terus menulis dan para penjenguk berpeluang mengutip ilmu dan maklumat. Blog ustazah satu-satunya blog kendalian muslimat yang saya linkkan. Mohon keizinan.