Jul 9, 2009

Tuan Guru Presiden ziarah penduduk Laloh

sumber : http://prkn41.pas.org.my
Manek Urai
, 7 Julai - Tuan Guru Presiden PAS sempat menziarahi seorang penduduk Kg Laloh yang telah diserang stroke. Kg Laloh merupakan kawasan yang terletak di dalam DUN Manek Urai.
Hj Mokhtar Kadir berumur 60 tahun merupakan sepupu kepada Arwah Pak Su Wel, bekas Adun yang telah banyak berjasa kepada penduduk di DUN Manek Urai. Hj Mokhtar memberitahu kepada Tuan guru bahawa beliau telah lama mengidap penyakit tersebut.

Kelihatannya beliau tidak mampu berdiri sendiri melainkan dibantu oleh keluarga beliau.

Tuan guru yang sangat bersimpati, juga menasihati kepada Hj Mokhtar supaya banyak bersabar menghadapi dugaan yang sangat mencabar tersebut dan banyakkan berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan olehNya.

Turut sama dalam program ziarah tersebut ialah YB Dato' Hj Omar Mohamad yang merupakan ADUN Perupuk.


Sebelum itu Tuan Guru Hj Abd Hadi menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Laloh, bertajuk Isra' Mikraj.Dalam kuliah tersebut, Tuan Guru menyeru kepada ahli jamaah masjid supaya berjuang menegakkan Islam dan menyokong risalah yang diwarisi daripada Rasulullah s.a.w tersebut.

Sumber : http://prkn41.pas.org.my

2 comments:

Anonymous said...

kabo ke tuan guru tu.. kawasan marang dok pernah melawat duk cbuk g melawat kawasan orang.. cuba tanya tuan guru tu nama kampung di kawasan marang pun dia dok ingat...

PadangKuang said...

Jangan buat fitnah lah mamat, TG selalu gi melawat kawasan Marang, setiap khamis mlm Jumaat di akan turun Kuliah Dalam Parlimen, lepas isyak ziarah .... jahat dok habih habih puak sonal ni....sama mcm ayah Pin woooo