Jul 8, 2009

Menunggu Kehadiran Ustaz Nasaruddin di Manek Urai.


Selepas kekusutan UG telah diukai, selepas Tok Guru Nik Aziz menarik balik desakan keatas Ustaz Nasa, selepas semua pimpinan tertinggi PAS memutuskan supaya isu UG ini tidak berbangkit lagi, maka harapan saya, juga rasanya harapan penyokong setia PAS ingin melihat Ustaz Nasa bersama pimpinan pusat yang bersama-sama turun di Manek Urai.

2 Pilihanraya kecil sebelum ini beliau adalah tenaga utama yang merancang kelancaran perjalanan pilihanraya tersebut.

Di Kuala Terengganu, beliau boleh dikatakan berada di dalam parlimen sebelum penamaan calon sehinggalah selesai pilihanraya kecil Kuala Terengganu, sekaligus meraikan kemenangan PRK tersebut. Begitu juga dengan PRK Bukit Gantang.

Kini kelibat beliau masih belum kelihatan di Manek Urai. Malam pengumuman calon beliau tidak hadir, hari penamaan calon juga beliau tidak hadir.
Ada cerita ketidakhadiran beliau adalah kerana itu merupakan keputusan PAS Kelantan, namun semalam Pengarah PRK Manek Urai YB Fatah Haron telah menafikan dakwaan tersebut. Hari ini pula timbalan pengarah PRK Manek Urai YB Datuk Wan Rahin juga menafikan yang PAS Kelantan tidak mengizinkan Ustaz Nasa hadir, cuma jadual untuk beliau tidak disusun.

Isu ketidakhadiran Ustaz Nasa ini nampak kecil, tetapi sekiranya ia tidak ditangani dengan baik nescaya sedikit sebanyak akan memberi kesan dan menganggu kelancaran PRK N41 bagi PAS.

Mungkin bagi yang ego dan sombong akan terus bercakap besar dengan menafikan isu tersebut memberi kesan.

Oleh itu sekiranya benar tiada halangan atau sekatan dari PAS Kelantan, tidak boleh tidak Ustaz Nasa mesti kena turun di Manek Urai. Sebelum ini pun selepas tidak kelihatan Parlimen selepas isu UG tempohari, akhirnya ustaz Nasa hadir di Parlimen malahan beliau turut mengambil bahagian berucap di Parlimen. Begitu juga selepas itu juga beliau diberitakan telah turun beberapa kali di Parlimen Bachok.

Penamaan calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, Ustaz Nasa berjalan seiringan bersama Dato' Husam Musa, Dato' Mustaffa Ali, DS TG Presiden serta YB Solahuddin-keharmonian ini mesti diteruskan.


Oleh itu sebagai Tuan rumah, Jabatan Pilihanraya Kecil N41 mesti membuat sesuatu untuk memastikan kehadiran Ustaz Nasa, hubungilah beliau, sediakan program untuk beliau. Sekiranya perkara ini boleh berlaku maka terduduklah umno/BN dengan isu ini.

Ustaz Nasa sendiri pula sebaik-baiknya berusahalah menghubungi kawan-kawan di Kelantan, berusahalah untuk memastikan dapat hadir di Kelantan.

2 comments:

Anonymous said...

HATI MANUSIA YANG TIDAK TERASA BILA DIHINA LEBIH DARIPADA SAMPAH..

USTAZ NASA ADALAH TIMBALAN PRESIDEN..DIULANG..TIMBALAN PRESIDEN..TAPI DIHINA MACAM KAMBING OLEH ORANGNYA SENDIRI.

DENGAN PENGHINAAN SEDEMIKIAN, BAGI SAYA LEBIH BELIAU KELUAR SAHAJA DARI PAS DAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN.

BUAT APA JAWATAN DIBERI TETAPI UNTUK DIHINA.

USTAZ NASA ADA MARUAH. TOK GURU PUN MARAH KALAU ORANG HINA DIA. MUNGKIN LEBIH MARAH BERBANDING DARI USTAZ NASA.

mamatKeling said...

"DENGAN PENGHINAAN SEDEMIKIAN, BAGI SAYA LEBIH BELIAU KELUAR SAHAJA DARI PAS DAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN"

- Awas jangan jadi penghasut upahan dan murahan....