Jul 27, 2009

Penyalahgunaan e-book : Ambilah iktibar.

Ada saja cara untuk menyalahguna kemudahan yang disediakan oleh kerajaan baik di peringkat Pusat mahu pun negeri.

Terbaru, penyalahgunaan buku elektronik (e-Book) yang diusahakan kerajaan negeri ini.

Lebih malang lagi salah laku itu melibatkan beberapa murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di Gong Badak di sini.

Guru yang memeriksa e-Book kira-kira 12 murid di sekolah itu menemui rakaman video dan gambar porno.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama sekolah terbabit.

Ahmad Razif berkata, pihak sekolah bertindak menarik balik e-Book daripada murid-murid terbabit.
‘‘Kita telah mengeluarkan arahan kepada semua sekolah untuk mengambil serius penyalahgunaan e-Book.

‘‘Ia kesalahan serius dan pihak sekolah berhak mengambil tindakan keras termasuk membuang sekolah murid terbabit,’’ katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, murid-murid tersebut memberi alasan bahan-bahan tersebut dimuat turun oleh abang mereka.

Bagaimanapun, katanya, tindakan tetap boleh dikenakan kerana murid-murid tersebut adalah penerima e-Book dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemudahan itu.

Beliau memberitahu, beberapa sekolah telah mengambil langkah pencegahan termasuk melarang murid-murid membawa e-Book pulang jika mereka didapati memuat turun video dan lagu.

CtKay's : Berita terkini dilapurkan kerjaan negeri akan membelanjakan sebanyak RM30 Juta bagi menyediakan satu perisian untuk mengawal pelajar dari menyalahguna e-book.Apakah semasa kertas cadangan program ini Kerajaan negeri tidak memikir soal ini sehingga satu peruntukkan baru sebesar itu dibelanjakan untuk tujuan ini, atau sememangnya memberi peluang untuk mendapatkan RM yang sejumlah itu.

No comments: