Jun 28, 2008

Berbohong jadi amalan pemimpin negara

Is Zack

Rasulullah ditanya para sahabat dalam suatu majlis: "Wahai Rasulullah, adakah orang mukmin itu bersifat penakut?" Jawab Baginda : "Ada." Sahabat bertanya lagi: "Adakah orang mukmin itu bersifat kedekut?" Baginda menjawab: "Ada." Sahabat bertanya lagi: "Adakah orang mukmin itu bersifat pembohong?" Rasulullah menjawab: "Tidak!"

Sedutan hadis di atas memberi gambaran bahawa kebarangkalian ada di antara orang-orang mukmin yang bersifat penakut dan kedekut. Namun Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa seseorang mukmin tidak sama sekali akan bersikap pembohong.
Akhir-akhir ini rakyat Malaysia telah 'dianugerahkan' dengan siri-siri pembohongan pemimpin utama negara.

Sebelum PRU12, Perdana Menteri ditanya para wartawan adakah esok akan berlaku pembubaran Parlimen? Maka dijawab oleh PM tidak sama sekali. Keesokannya Parlimen dibubarkan!

Timbalan Perdana Menteri semasa kempen PRU12 mengatakan bahawa kerajaan sama sekali tidak akan menaikkan harga petrol dan diesel walaupun kenaikan itu berlaku di seluruh dunia dalam masa terdekat. Akhirnya kita saksikan hari ini rakyat dihadiahkan dengan kenaikan menggila daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter petrol dan daripada RM1.58 kepada RM2.58 seliter diesel.

Beberapa hari sebelum kenaikan bahan bakar ini, Dato Shahrir Samad selaku Menteri Hal Ehwal Pengguna menyatakan kenaikan petrol dan diesel dijangka berlaku pada bulan Ogos ini. Dua hari selepas kenyataan dibuat, petrol dan diesel telah dinaikkan tanpa diberi peluang untuk rakyat membuat persediaan.

Tiga situasi di atas membuktikan ciri-ciri munafik pemimpin utama negara. Mereka seolah-olah melakukan sesuatu yang di luar kesedaran. Keputusan-keputusan yang dibuat boleh diibaratkan sebagai 'mengigau' kerana jelas tidak konsisten dengan sensitiviti rakyat bawahan.

Seumpama kita menyaksikan larangan penjualan bahan bakar kepada kenderaan asing. Selang beberapa hari larangan itu ditarik balik. Sungguh cepat dan sungguh tidak konsisten sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat dibuat seolah-olah mereka sedang menguruskan sebuah keluarga di rumah!- tajdid

Ingat-ingatlah.....Allah tidak pernah memungkiri Janji...

Jun 27, 2008

Matlamat Meruntuhkan Jahiliah Moden

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini pula timbul soal pertemuan dan perbincangan antara PAS dan Umno demi ketuanan Melayu.

Saya tidak nampak sedikit pun ruang yang ada jika bermatlamatkan ketuanan Melayu.Kalau pun mungkin berlaku, ianya merupakan perbincangan tidak rasmi, sekadar perbincangan di lobi parlimen atau di ruang balai berlepas KLIA sahaja.

Untuk apa PAS diajak berbincang? matlamat PAS sudah jelas, bukan sekadar umno, malahan DAP dan PKR juga tahu matlamat PAS.

PAS tidak pernah gila untuk membentuk kerajaan, kalau kegilaan untuk memerintah itu menjadi matlamat, PAS tidak mungkin ditendang keluar dari BN pada tahun 1977 dahulu.
PAS ditendang keluar kerana mempertahankan prinsip Perjuangannya lalu ia ditendang BN.

Kata-kata ucapan Presiden masih segar diingatan ketika PAS memerintah Terengganu 1999-2004 " Kami rela kalah di Terengganu kerana kami melaksanakan Islam, kami rela ditolak oleh rakyat kerana kami melaksanakan tuntutan agama"

Oleh itu sekiranya ada beranggapan bahawa matlamat PAS untuk menjadi Kerajaan dan duduk di kerusi embuk, sudah mestinya andaian itu salah.
Matlamat PAS adalah untuk mencari keredhaan Allah( Mardhatillah), apa lah ertinya mendapat sebuah kerajaan, sedangkan ianya tidak mendapat redha Allah, apalah ertinya memerintah kalau ianya di murkai Allah.
Kita bersama PAS adalah untuk meruntuhkan Jahiliah yang di bawa semula oleh puak-puak sekular, tidak mungkin sama-sekali kita meruntuhkan jahilliah ini dengan kita mendirikan satu jahillaih yang baru.

ingat-ingatlah.......

Betulkah begitu di Hulu Terengganu


Baru-baru ini, seorang adun bekas exco telah membuat kenyataan akhbar bahawa beliau tidak akan menentang ketua Bahagian Umno Hulu Terengganu dalam pemilihan Oktober ini.Menurut adun bekas exco itu lagi, beliau telah menasihatkan penyokong beliau diseluruh bahagian Hulu Terengganu agar tidak mencalonkan beliau dalam pemilihan tersebut.

Adun bekas exco ini telah mendahului ketua bahagian ketika membuat kenyataan akhbar, sememangnya adun bekas exco ini dilihat "Gila Glamour" kerana sejak melepaskan jawatan sebagai setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, beliau dilihat hari-hari membuat kenyataan media didalam akhbar Sinar Harian , malahan mengatasi Menteri Besar atau Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri.

Benarkah apa yang dinyatakan oleh adun bekas exco itu , keputusan diambil kerana menghormati saranan dato' Ahmad Said supaya tiada perlawanan dalam bahagian? Bukan kah sebelum ini beliau menyedari kekuatan beliau sebagai Adun tidak mampu untuk menggugat Yang Dipertua DUN? Malahan beliau merancang agar Ahli Parlimen Hulu Terengganu supaya melawan Ketua Bahagian.

Setelah menyedari perancangan adun bekas exco itu, Ketua bahagian Hulu Terengganu telah mengambil jalan selamat dengan merancang agar YB Rozi Mamat adun Telemong yang juga exco melawan adun bekas exco itu .

Selepas beberapa minggu mebuat kajian dan tinjauan, tenyata adun bekas exco akan ditewaskan dengan mudah oleh Adun Telemong, maka adun bekas exco telah mencadangkan agar tiada pelawanan dalam mesyuarat agong Perwakilan umno Hulu Terengganu.

Itu hanya cadangan beliau selepas merasakan kedudukan beliau sebagai timbalan ketua Umno Hulu Terengganu sudah tidak selamat, malahan menurut seorang exco Pemuda Umno Bahagian yang berasal dari kampung Gaung, sehingga kini sah jawatan timbalan ketua akan dicabar,Menurut beliau lagi, tidak timbul lagi untuk mengelak dari pepecahan , kerana umno hulu Terengganu telah berpecah angkara perbuatan adun bekas exco itu.

Sementara itu seorang guru, juga exco pemuda umno Hulu Terengganu, dengan yakin menyatakan bahawa dengan tersingkirnya adun bekas exco itu dari Jawatan timbalan ketua Bahagian Hulu Terengganu, akan mengembalikan semula kesolidan umno Hulu Terengganu.

Ingat-ingatlah.....

Jun 21, 2008

Tahniah dan syabas MAMPAT

Majlis Permaufakatan Rakyat Terengganu[MAMPAT], sebuah gabungan beberapa ngo telah berjaya mengadakan konvensyen royalti petroleum Terengganu sempena kempen mereka untuk mendesak kerajaan pusat mengembalikan royalti petroleum Terengganu sebanyak 5% .

Majlis konvensyen yang diadakan pada 14 Jun, bertempat di Dewan utama Terengganu Equestrian Resort [ TER]. Walaupun kehadiran tidak seperti mana yang dijangkakan, namum majlis tersebut berjalan dengan sempurna.
Menariknya program telah di rasmikan oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim ibni Tengku Ismail Nasaruddin Shah, bapa saudara kepada kebawah Duli Yang maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Maizan Zainal Abidin.

2 kertas kerja telah dibentangkan.kertas kerja Pertama oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan yang juga bekas pengerusi Petronas.Sementara kerta kerja kedua telah di bentang oleh Yng Berbahagia Tun Salleh Abas, bekas ketua Hakim Negara.

Sebelah petang, diadakan forum terbuka yang membariskan ahli panel yang terdiri, Dato' Mustafa Ali, Dr. Aziz Bari, Prof. datuk Paduka Mohamad Abdullah.


Kebetulan pada hari itu juga PM telah datang ke Terengganu, sekali gus mengumumkan bahawa pengurusan royalti Terengganu 5% diserah kembali kepada Kerajaan Terengganu.

Saya yang berkesempatan hadir bersama suami sehingga majlis disempurnakan amat bersetuju dengan pandangan yang diberi Dato' Mustafa Ali agar MAMPAT hendaklah bersih dari pengaruh dan dikuasai oleh parti politik.MAMPAT juga jangan sesekali membezakan parti-parti politik didalam berurusan dan melaksanakan aktiviti untuk kebaikan rakyat Terengganu.

Oleh itu secara peribadi, saya mengharapkan agar MAMPAT tidak dilibatkan oleh orang-orang yang ada jawatan dalam politik baik kerajaan atau pembangkang.Biar apa pun jawatan samada penaung, penasihat atau AJK MAMPAT.Mereka -mereka yang ada jawatan dalam parti seharusnya mengambil ketetapan samada untuk memimpin MAMPAT atau melepaskan jawatan didalam MAMPAT.Apa yang saya nampak [mungkin saya silap] beberapa orang yang memegang jawatan dalam parti juga meruapkan penggerak utama MAMPAT, malah ada bekas calon PRU ke-12 memegang jawatan utama MAMPAT.

Supaya MAMPAT dapat berjalan bersendirian tanpa dipengaruhi oleh tangan-tangan politik, elok sangat rasanya MAMPAT dibersihkan dari orang-orang politik.

Jenama Islam Hadhari telah beri kesan negatif!

MUFTI Perlis, Dr Mohd Asri tetap mempertahankan prinsipnya sebelum ini yang menolak jenama Islam Hadhari.


Ketika diajukan isu pengharaman Islam Hadhari yang telah diusulkan oleh Kerajaan Selangor baru-baru ini, beliau berpendapat Datuk Seri Abdullah Badawi perlu akur bahawa jenama Islam Hadhari telah memberi kesan negatif di atas apa pun alasan yang diberikan oleh penyokong-penyokong jenama tersebut.

"Walaupun saya tolak jenama Islam Hadhari tapi saya pertahankan isi kandungannya yang bagus. Pak Lah sepatutnya tidak mendengar hujah yang diberikan oleh penyokong-penyokong jenama Islam Hadhari," katanya.

Antara kelemahan Islam Hadhari ini ialah adanya lambakan hiburan yang berlebihan dan menyusahkan masyarakat Islam.
"Saya bukan anti hiburan. Cuma hiburan tidak boleh berlebihan kerana generasi muda tidak ada tumpuan terhadap tanggungjawab dan nilai-nilai patriotik, negara dan bangsa.
"Nilai-nilai ini perlu dipertahankan kerana saya lihat remaja lain tidak begitu dan longgokan hiburan ini hanya pada orang Melayu saja," katanya lagi.

Sebelum ini, Dr. Asri antara yang lantang memberi pandangannya tentang Islam Hadhari.
“Istilah Islam Hadhari telah mengelirukan banyak pihak walaupun isi kandungannya baik. Malangnya, perlaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diwar-warkan.

Beliau mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ Islam Hadhari supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam Hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu.

Susulan itu, Dr Asri juga pernah membuat kenyataan supaya dibuang saja namanya tapi makan isinya seperti kueh tahi itik di Kelantan - "tak perlu panggil tahi itek, cuma makan sudahlah”.
"Jangan silap faham, saya pertahankan inti kandungan Islam Hadhari," katanya.

Ingat-ingatlah, insaf-insaflah.

Nasib 3 pelakon utama Terengganu Bestari

Semasa hampir pilihanraya umum ke 12 yang lalu, umno Terengganu telah melakonkan satu drama pembohongan yang amat jijik.
Umno Terengganu bersama umno Marang dan penyelaras DUN Rhu Rendang telah menggunakan Abang Dato' Musataffa Ali yang disahkan sakit oleh pegawai perubatan untuk diisytiharkan telah meninggalkan PAS dan masuk umno.

Kes ini sedikit pun tidak menjadi gempar di Terengganu pada awalnya.Namum setelah umno menaikkan banyak papantanda mega menyiarkan gambar abang Dato' Mustafa Ali ,Zakaria Ali menyerahkan borang umno kepada Idris bin Jusoh yang ketika itu dialah MB dan dialah ketua perhubungan umno Terengganu.
Majlis penyerahan borang itu telah berlaku di pentas budaya pantai kelulut.Bersama sama didalam gambar itu termasuklah ketua umno Marang Rahman Bakar dan penyelaras umno Rhu Rendang Razali Alias.
Lakonan jahat mereka bertiga ini akhirnya makan diri, Cikgu Zakaria Ali kekal dengan PAS namum 3 watak utama dalam lakonan ini mengalami nasib yang sangat malang selepas pilihanraya umum ke-12.

Watak Pertama


Idris bin Jusoh- hilang jawatan MB dan ketua Perhubungan umno, hanya kini adun biasa yang pergi kemana-kemana langsung tidak dihormati, kecuali umno Besut masih beranggapan beliau sebagai MB.
Kes kehilangan wang dana khas 3 billion menghantui jiwa idris Jusoh




Watak kedua

Rahman Bakar- Digugrkan sebagai timbalan menteri selepas tidak lagi bertanding di Parlimen Marang pada PRU ke-12.Kalau beliau yang menjadi calon pada pilihanraya tersebut sudah pasti beliau akan tewas kepada Presiden PAS. Walaupun beliau mendakawa bahawa beliau sendiri yang mengarahkan agar penyokong tegar beliau mengundi PAS dalam PRU ke-12,namum itu semua adalah satu lagi sendiwara beliau untuk menyakitkan Idris Jusoh ketika itu.

watak ketiga


Razali Alias- Bekas pengamal Ganja ini mengharapkan lakonan tersebut mampu menarik pengundi di DUN Rhu Rendang, namum hakikatnya beliau tewas dengan majoriti yang lebih 100% peningkatannya berbanding pilihanraya umum ke-11.Malahan di peti undi beliau sendiri pun belaiu tewas.


Ini pembalasan untuk ketiga-tiga watak dalam drama Cikgu Zakaria.

-Ingat-ingatlah.....

Siapa lawan siapa di Hulu Terengganu

Umno Hulu Terengganu akan mengadakan mesyuarat Agong Tahunan Bahagian pada september ini.

Tahun ini merupakan tahun pemilihan pimpinan umno di peringkat bahagian dan pusat.
Di Hulu Terengganu dijangka akan berlaku juga perlawanan merebut jawatan tertinggi bahagian, walaupun perancangan asal seorang Adun bekas Exco telah berubah.

Adun bekas Exco itu sepatutnya menjadi calon untuk merampas jawatan ketua bahagian dari tangan bekas ahli Parlimen Hulu Dato' Tengku Putera yang kini memegang jawatan speaker DUN Terengganu selepas digugurkan dari menjadi calon untuk bertanding dalam Pru ke-12 baru-baru lalu.

Kini selepas perancangan asal telah berpusing 360 darjah, adun bekas exco masih merancang beberapa pelan untuk mencuba nasib bagi mengusai umno Hulu Terenganu.

Difahamkan, oleh kerana Adun bekas exco menyedari beliau tidak mampu lagi untuk berdepan dengan Dato' Tengku Putera, ahli parlimen Hulu Terengganu yang baru Cikgu Mohd Nor @ Alias telah di promosikan sebagai calon untuk merebut ketua bahagian.
Ini bermakna, adun bekas exco itu akan kekal mempertahankan jawatan timbalan ketua bahagian yang diberitakan akan di cabar oleh exco kerajaan negeri Rozi mamat yang juga Adun Telemong.
Pertebungan ini dirasakan tidak sesengit mana.Ini kerana diyakini banyak pihak Tengku Putera dan Rozi Mamat akan mendapat laluan yang mudah untuk memimpin Umno Hulu Terengganu.
Keputusan itu juga sudah semestinya meleyapkan kerier politik adun bekas exco tersebut dan sekaligus cikgu Mohd Nor adalah ahli Parlimen hulu Terengganu untuk sepenggal sahaja.

Notebook Rosak

Sungguh menyedihkan apabila notebook yang berusia 6 tahun itu telah rosak dan kalau dibaiki pun kos hampir menyamai sebuah yang baru.
10 hari tidak dapat melayari internet.
Walaupun mempunyai broadband sekali pun,namum apakan daya.
Kini sebuah notebook baru telah dihadiahkan oleh suami tersayang.
Terima Kasih

Jun 10, 2008

Harga Minyak naik, 60 nelayan mogok

Hampir 60 nelayan pukat tunda berpengkalan di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Chendering, di sini dikatakan ‘mogok’ daripada keluar ke laut untuk menangkap ikan sejak beberapa hari lalu, apabila hasil yang diperoleh tidak berbaloi dengan keperluan minyak diesel.

Kebanyakan nelayan terbabit dikatakan bertindak melepaskan geram dengan cara tersebut sehingga rela ‘menganggur’ akibat tidak sanggup berhadapan dengan kadar kenaikan harga minyak diesel beberapa hari lalu.
Seorang nelayan, Ismail Ali, 62, ketika ditanya wartawan Sinar Harian berhubung tindakan yang diambilnya untuk tempoh berapa lama berkata, dia hanya akan ke laut semula setelah mendapati ikan kembali banyak.


“Sekarang ini, musim ikan memang tidak banyak dan kenaikan harga minyak secara mendadak pula agak membebankan kami, menyebabkan ada ketika hanya memperoleh pulangan bersih RM25 sehari sahaja, itu pun kalau dapat hasil.

“Memang membebankan kerana sebelum ini keperluan minyak untuk dua hari contohnya adalah sebanyak RM500, tetapi sekarang sudah mencecah RM700 dan sekiranya hasil yang didapati RM1,000, kami perlu membayar untuk minyak tersebut ditambah dengan makan dan minum dalam RM100 dan kemudian perlu dibahagi dua dengan pemilik bot.

“Baki yang tinggal kemudian perlu dibahagi pula dengan tiga rakan lain yang berada dalam bot sama,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, di sini, semalam..

Rakannya, Abdullah Salleh, 54, pula memberitahu, dia tidak tahu melakukan aktiviti lain bagi meneruskan kehidupannya dan dia juga memutuskan tidak akan ke laut buat masa ini. “Sekiranya ada bantahan pun, tidak mungkin keadaan ini dapat membantu kerana apa yang saya dengar, akan berlaku lagi kenaikan harga minyak pada bulan Ogos nanti.

“Ini agak meresahkan kami yang bekerja sebagai nelayan, macam mana hendak ke laut sedangkan kami seolah-olah mencurah minyak di laut jika tidak mendapat hasil tangkapan,” katanya dengan nada kesal.

Dipetik dari Sinarharian Terengganu 10 Jun 2008

Harga ayam Naik lagi...

Minggu lepas dalam perjalanan ke Tasik Kenyir, singgah di pasar sementara Kuala Berang, pasar lama diroboh kerana buat pasar baru atas janji Deris Jusoh masa pilihanraya kecil dun Kuala Berang ogos 2004.

Pasar lama Kuala Berang dibina dalam tahun 1984 dan siap 1987, ini bermakna pasar lama itu baru berusia 21 tahun, bangunan kalau 21 tahun ni dikira masih baru, struktur binaan pasar tersebut pun masih kukuh, tapi apa daya.Pasar Kuala Berang yang siap tahun 1987 itu telah dibina oleh Syarikat RME Sdn Bhd, syarikat milik senator Roslan Awang Chik.Masa dia dapat projek tersebut arwah abang ipar beliau adalah exco iaitu Dato' Hj Abu Bakar Daud.cukup.
Saya singgah di pasar tersebut kerana anak-anak hendak makan ayam bakar, lalu saya beli 2 ekor ayam mentah untuk dibakar di tepi tasik Kenyir , Pengkalan Gawi bersama anak-anak.


Apa yang mengejutkan saya peniaga wanita yang muda dan cantik molek itu memaklumkan kepada saya ayam sudah Rm7.00 sekilo, oleh kerana saya beli 2 ekor yang beratnya 3.8 kilo

saya kena bayar RM26.60, peniaga tersebut potong 10 sen jadi RM26.50.Itu cerita minggu lepas.

Pagi ini 10 Jun 2008, saya bersama keluarga ke Marang untuk kerumah ipar kami berhampiran bandar marang, saya singgah di pasar sementara Marang( Marang pun dapat pasar baru) saya membeli seekor ayam mentah untuk dibawa kerumah beliau, ohhh!!! harga ayam RM7.50 sekilo, saya sungguh terkejut, sebab dalam masa seminggu sudah naik 50 sen.Apa sudah jadi?Semua kelam kabut, tiada kawalan. Suasana politik parti kerajaan yang tidak stabil menjadikan kerjaan juga tidak stabil dan hilang kawalan.

Ini lah Umno dan BN, mereka selama ini selalu selesa, kini dalam keadaan umno sudah terhilang kepercayaannya mereka tidak mampu mengurus dan mengawal suasana.Ini semua adalah kesan kenaikan harga minyak.

Sementara itu menurut Sinar Harian edisi Terengganu hari ini, adun bekas exco di Ajil juga semacam menrungut kerana tiada penjelasan dari pihak kerajaan tentang kenaikan harga minyak, beliau sendiri samada tidak tahu atau kerana bukan lagi organisasi kerajaan negeri.Beliau merungut kerana pengundi beliau di dun Ajil pun dah mula marah-marah.Saya nak bagi tahu Adun bekas Exco,siapa tak marah, kalau sebelum pilihanraya selalu jaja merata-rata "Tradisi Membela Rakyat" "BN akan jadi Hamba Rakyat" "BN- Perjuangan Rakyat untuk Rakyat""Cemerlang , Gemilang , Terbilang" tiba-tiba belum pun sampai 100 hari BN menang minyak dah naik 78 sen, ye 78 sen Dato', bukan 7.8sen. Rakyat mana tak marah janji bukan main lagi. Sokong dan Undi lah BN tu.....

Kenaikan Harga Minyak-Lambang Kejatuhan Abdullah Badawi