Apr 12, 2010

Zaid Ibrahim Calon PR DI Hulu Selangor ?

Nama yang disebut-sebut sebagai calon PKR mewakili PR di Hulu Selangor adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Politik
Beliau menganggotai UMNO pada tahun 2000. Pada tahun 2001, Zaid telah dipilih sebagai Ketua UMNO bahagian Kota Bharu. Beliau juga pernah diberi kepercayaan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan pada tahun 2003.

Zaid pernah menjadi ahli parlimen Kota Bharu dari tahun 2004 ke 2008. Beliau yang mewakili Barisan Nasional - UMNO mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat.

Semasa di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-5, beliau dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengambil tugas hal ehwal Undang-Undang.

Pada 10 November 2008, Zaid menerima surat tunjuk sebab dari UMNO berkaitan dengan surat terbukanya kepada Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau juga menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen dan mempersoalkan status orang Melayu. Dalam Persidangan LawAsia 2008 Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.


Letak jawatan menteri dan senator
Pada 15 September 2008 ,Zaid meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap pengamal media , orang awam dan ahli politik. Pendiriannya berbeza dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi , barisan kabinet dan pemimpin UMNO.

Dipecat daripada UMNO
Pada 3 Disember 2008, Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada UMNO ekoran beberapa tindakan beliau, termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang dan menyalahi peraturan parti. Zaid dilaporkan menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam . Sebelum itu beliau juga dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang turut dihadiri anggota Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang. Pemecatan Zaid berdasarkan prinsip dan mematuhi garis panduan parti dan Majli Tertinggi UMNO sebulat suara memecatnya.


Menyertai PKR
Pada 13 Jun 2009, Zaid menyertai PKR di Bangi, Selangor. Hal ini tidak mngejutkan kerana beliau banyak kali hadir dalam majlis anjuran PKR dan Pakatan Rakyat. Beliau akan dilantik dalam Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR. Anwar Ibrahim menyifatkan Zaid sebagai serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Sikap ketegasan dan keberanian beliau memperjuangkan isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman.


Ulasan
Secara jujur saya tidaklah mengenali Datuk Zaid Ibrahim sebelum beliau menyaman hudud Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Terengganu.

Alasan Zaid ketika menyaman Hudud;

Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan untuk memperkenalkan atau meluluskan apa-apa undang-undang jenayah, dakwa seorang peguam terkemuka, Zaid Ibrahim.
Oleh itu, beliau berkata Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 adalah tidak sah dan tidak ada kuatkuasanya.

Zaid yang juga ketua Umno bahagian Kota Baru, berkata demikian ketika mengemukakan permohonan saman untuk mendapat pengisytiharan tersebut di Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga memfailkan satu permohonan untuk mempercepatkan pendengaran kes itu memandangkan Kerajaan Terengganu dijangka membentangkan rang undang-undang hudud itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri mulai 7 Julai depan.

Permohonan itu dibuat melalui firma guamannya Tetuan Zaid Ibrahim & Co di mana beliau adalah pengarah urusannya.

Zaid kemudiannya memberitahu pemberita bahawa sebagai seorang warganegara Malaysia yang prihatin, beliau bertanggungjawab untuk memohon perisytiharan itu kerana khuatir kerajaan negeri bebas untuk mencabar kerajaan pusat jika isu itu tidak diputuskan oleh mahkamah.

Beliau berpendapat Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu seolah-olah mencabar kerajaan pusat apabila Kelantan meluluskan enakmen syariahnya pada 1993, manakala Terengganu pula mahu membentang rang undang-undang hudud itu bulan depan.

Zaid juga berpendapat bahawa apa-apa undang-undang jenayah walau apa pun gelarannya, sepatutnya dibuat oleh Parlimen seperti yang termaktub di bawah bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.

Prosedur undang-undang

Semua orang, termasuk pemimpin kerajaan negeri mestilah menghormati dan mematuhi peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan undang-undang persekutuan yang lain, katanya.

Jika tidak orang ramai akan menyoal mengapa menteri-menteri besar dibenarkan melanggar undang-undang, tambahnya.

“Ini bukan soal agama atau undang-undang Islam tetapi soal prosedur undang-undang yang mesti dipatuhi,” katanya.

Dalam permohonannya, Zaid berkata perbuatan-perbuatan yang dicadangkan dikenakan hukuman dalam rang undang-undang hudud Terengganu dan enakmen Syariah Kelantan telahpun diperuntukan didalam undang-undang persekutuan.

Dia juga meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa kedua-dua rang undang-undang hudud Terengganu dan enakmen syariah Kelantan itu sebagai tidak sah dan menyalahi peruntukan Perlembagaan.

Di dalam affidavitnya pula Zaid berkata: “Saya kira kebebasan asasi yang saya sendiri nikmati sebagai rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan dan sebagai pemastautin negeri Kelantan, telah terancam oleh sebab cadangan perundangan tersebut.”

Berdasar kepada kepercayaannya, beliau berkata, bahawa seluruh perundangan itu tidak sempurna pada segi zahirnya dan tidak sempurna dari mulanya.


Namun begitu pada 5 Mei 2006, Datuk Zaid Ibrahim telah memfailkan penarikan balik saman tersebut.


Apa yang cuba dikemukakan disini, Zaid sendiri mempunyai latarbelakang yang sangat tercemar. Selain dari pernah menyaman hudud banyak sangat perkara lain yang amat mengguris hati umat Islam sekiranya disebut disini. Apakah rasionalnya PKR ( jika benar) beria-ia sangat mahu meletakaakn beliau. Beliau bukanlah anak tempatan dan pertandingan di Hulu Selangor juga perlu cermat kerana kalau dikira pada keputusan pilihanraya Dun sepatutnya BN boleh menang lebih dari 6000 undi.

Selamat bertugas kepada aktivis PR di Hulu Selangor.




No comments: