Apr 28, 2009

Biar Rakyat Jadi hakim.....

"Biar Rakyat jadi Hakim" itu respon Ahmad Said di Kuala Berang bila ditanya tentang kedudukan beliau sebagai MB Terengganu, lebih dari itu berkaitan dakwaan salahlaku dan salah guna kuasa oleh beliau. Edaran senarai salahlaku beliau kini ada dimana-mana.


Setelah berdiam diri selama ini, Ahmad mula bersuara.Nada beliau agak yakin dan menempelak Adun adun yang mendesak beliau meletakkan jawatan.Ini bermakna Ahmad tidak takut dengan "Gertak" adun yang didakwa sudah meningkat kini 18 orang supaya beliau melepaskan jawatan MB.

Bagi saya, untuk rakyat menjadi hakim atau lebih tepat menilai tahap kerja selepas setahun menjadi MB adalah sangat mudah dan tidak payah.

Satu kewajaran yang sangat jelek telah dilakukan oleh Ahmad Said dan paling mengguris hati rakyat Terengganu ialah apabila tidak sampai setahun memerintah Terengganu dengan angkuh dan sombongnya beliau telah membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri .

Dalam keadaan negeri yang papa kedana beliau sanggup menggunakan wang kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.Keadaan kewangan Terengganu yang sangat teruk, malah ada dakwaan kewangan negeri sekarang lebih buruk dan lebih teruk dari zaman PAS.

Selera apakah ini?
Akhirnya PM dan kabinet ketika itu mengarahkan supaya Ahmad dan lain-lain tidak menggunakan kereta mewah tersebut dan hanya digunakan untuk membawa tetamu vip negeri sahaja.


"Semalam, saya dan Najib dalam perjumpaan dengan Menteri Besar Terengganu telah membincangkan perkara ini dan telahpun menyatakan bahawa adalah satu perkara yang penting yang sudahpun menjadi keputusan Jemaah Menteri iaitu pihak kerajaan Terengganu jangan menggunakan kereta Mercedes untuk Exco-Exco mereka," katanya.

Dengan kos RM3.43 juta dalam keadaan Terengganu berhadapan dengan kepapaan Kewangan, sepatutnya duit sejumlah didahulukan untuk kebajikan dan kepentingan rakyat bawahan.


Kini, Ahmad dan lain-lain telah mengingkari keputusan jamaah kabinet, Mercedes tersebut ada dimerata-rata jalan raya.Rakyat boleh lihat dan rakyat boleh menilai.
Rakyat Boleh menjadi Hakim untuk menghukum.


3 comments:

pro2club said...

"Biar Rakyat Jadi Pengemis" Dalam kpala mat said sbnarnya, biar dia brgaya n kaya, asalkan rakyat papa kedana.... Dlm kegawatan ekonomi cmni pun sggup beli mercedes tuk dia n exco2 atas niat nk bodek exco2 tuk skong dia, apa kejadahnya MB cmni yg x prihatin dgn nasib rakyat.. Kalo kete perdana v6 slenggara mahal, pkai lah kancil, tu bru pmimpin bjiwa rakyat. Yg mnjadi masalahnya ada jgk rakyat yg skong mat said ni biarpun dia x dok kete & hanya ada "gerek" basikal tua jer.., itu lah mentaliti pmikiran org kite... Snggup papa kedana untuk keselesaan & kemewahan pemimpin..

Law (LLB) Center said...

aku tak setuju. banyak projek yang direncanakan MB adalah people oriented. kereta mercedes memang patut dibeli untuk long term usage. jauh lagi jimat dari perdana. banyangkan maintenance pernada 2 tahun mungkin boleh mencecah harga 1 biji perdana. apa tu? mercedes memang diketahui umum adalah kereta yang tahan lasak. maklumkan YB YB banyak ke sana ke mari tengok wakil rakyat. waimah MB sendiri pun guna mercedes lama. yang baru dia tak beli. cuma untuk exco. dia nak tunjuk bahawa kalau buat sesuatu biar yang tahan lama. jangan setakat window dressing saja. untuk kepentingan rakyat. direct kepada rakyat. itulah pemimpin berjiwa rakyat.

pro2club said...

Ceteknya pmikiran LAW LLB centre ni, kalo cmtu MALAYSIA ni x perlu buat kereta sndiri lah, dah pemimpin sndiri mrendah2kan kereta MALAYSIA, bila pmimpin pun ajar rakyat supaya tolak brgan buatan MALAYSIA, watpe lg Malaysia nk keluarkan sesuatu brgan, truskan lah bgantung kpd ngara lain.., jika kereta PERDANA ada kelemahan, bkankah ia bleh diperbaiki & dibincangkan dgn protön. Maintenance yg jd mahal tu mgkin ada brlaku pnyelewengan drp pusat2 servis yg brkenaan. Sbg pmimpin seharusnya mgajar rakyat supaya mgutamakan brgan buatan MALAYSIA. MB mat said tu lgsung x brjiwa rakyat, malah bleh dikategorikan MB "GONG" @ SAMSENG dan brlagak. Apa yg MB mat said buat tuk rakyat??? Hpuskan sewa meter air yg x sbrapa sen tu? Org yg BUTA je mempertahankan MB mat said..