Apr 22, 2009

18 Adun lawan 7 Ketua Bahagian Umno

ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh berkata, kemelut polisk yang berlaku di Terengganu sekarang adalah antara ADUN BN dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

"Ketua Umno bahagian tidak terbabit dengan kemelut ini. Ia adalah antara menteri besar dengan ADUN BN.

"Ketua bahagian tidak ada kuasa yang penuh dalam kerajaan negeri," katanya ketika diminta mengulas laporan bahawa tujuh daripada lapan ketua bahagian menyokong Ahmad.

Dalam laporan sebelum ini setiausaha Umno negeri, Datuk Rosli Mat Hassan sebagai berkata, hanya ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang tidak menyokong Ahmad.

Terengganu kini berdepan dengan kemelut politik apabila 18 daripada 24 ADUN BN mendesak Ahmad supaya meletakkan jawatan menteri besar.

Malah, kemelut tersebut menyebabkan Ahmad membatalkan lawatannya ke Russia dan Ukraine yang dijadualkan bermula semalam.

Sementara itu, Abdul Halim juga mengesahkan18 ADUN, termasuk enam exco kerajaan negeri menyokong tindakan mendesak Ahmad meletakkan jawatan.

Menurutnya, enam exco terbabit telah mengisytiharkan sokongan mereka baru-baru ini.

"Kita tanya kepada exco kerajaan negeri Terengganu adakah setuju atau tidak Ahmad terus menjadi menteri besar.

"Enam daripada mereka kata tidak setuju," katanya kepada Malaysiakini.

Abdul Halim juga berkata, tindakan untuk menggantikan Ahmad adalah semata-mata untuk menyelamatkan Umno negeri.

3 comments:

nasidagang said...

apa pun siapa jadi MB Terengganu, jagalah Terengganu baik-baik.

Rakyat perlukan pembelaan dan taraf hidup dipertingkatkan.

http://www.nasidagang.com

Anonymous said...

Kini nasib rakyat Terengganu ditentukan oleh Adun-adun BN yg gia kuasa & pangkat. Almaklumlah wang royalti banyak ( RM15.847 bilion ) yg Terengganu dah dapat cuma RM6.7 bilion sejak 2000-2008.
Mereka semua ada agenda sendiri demi kepentingan peribadi.

http://www.websitebisnes.com

pro2club said...

Bengaplah kalo org kaitkan adun umno dgn penolakkan mat said krana wang royalti, dah dapt duit royalti pun, apa mat said buat tuk rakyat & negeri. Bntuan prsekolahan anak2 pun susah nk bg, apa lg nk membngunkan ngeri. X yah lah nk tutup kelemahan mat said tu. Hbis org nk pecat kalo bangkang ckp dia. Malu ler dpt MB yg brsifat samseng cmni.