Mar 22, 2011

WARIH KU TERA DI KERDAU


NI Dato Ku Tera sedang bersalam dengan warih nya di Kerdau, tak Pasti pulak warih sebelah mak atau sebelah ayahnya..

HANYA KERANA SI MONTOT DAN TEMBAM




Tok Deris sanggup balik dari Kuching dengan Duit MARA hanya kerana nak menjeling simontok dan tembam itu...uikssss

PAS AJAK UMNO BERGABUNG

Pas pelawa UMNO Besut tumbang MB


JERTIH - Pas menyifatkan program Pas Ganti UMNO Kedua (PGU2) di Besut berbeza berbanding program sama yang dianjurkan di Chukai, Kemaman sebelum ini kerana UMNO di Besut lebih mesra berbanding UMNO Bahagian Kemaman.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib berkata, sehubungan itu, Pas mempelawa UMNO Besut dan penyokongnya bekerjasama dengan Pas untuk menumbangkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi UMNO negeri.

Menurutnya, UMNO Besut boleh bergabung dengan Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad untuk menumbangkan kepimpinan negeri sekarang.

“UMNO Besut bagi kerjasama baik, maka UMNO dan penyokong kalau boleh bergabung untuk jatuhkan Datuk Seri Ahmad Said,” katanya pada majlis perasmian PGU2 di belakang Masjid Hadhari Jertih di sini, semalam yang dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kepimpinan Pas negeri dan Pusat serta Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz dalam ucapannya berkata, semua ahli Pas perlu bersungguh-sungguh untuk menggantikan UMNO kerana parti lawan itu menolak Islam berdasarkan tindak-tanduk mereka selama ini.

“UMNO memperjuangkan ketuanan Melayu tetapi Pas memperjuangkan Islam. Kalau perjuang Melayu, apa kata kaum lain tetapi kalau pejuang Islam, ia dapat diterima umum,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu turut mendakwa UMNO lebih sesat daripada Ayah Pin kerana menghalalkan judi sedangkan al-Quran melarang perbuatan itu.

Dalam pada itu, beliau menegaskan akan memberi sokongan penuh sekiranya ada dalam kalangan orang bukan Melayu untuk menjadi Menteri Besar dengan syarat individu tersebut seorang yang 'reti' (faham) Islam, warak dan zuhud.

Feb 5, 2011

Kenapa Barrack Obama mahu Husni Mubarak meletakkan jawatan?


Untuk renungan..Jika Mesir jatuh ke tangan Ikhwanul Muslimi, sempadan Rafah mungkin akan dibuka untuk pejuang Islam seluruh dunia..tak mustahil kurang setahun, negara Israel akan menjadi sej...arah..perindu2 Syurga Firdausi, anda sudah bersedia merebut tiket...?Ayuh sahabat2!!Doakan Ikhwanul Muslimin berjaye menjatuhkan Hosni Mubarak!!:-) sebarkan seramai mungkin.

Semalam selepas Husni Mubarak membuat kenyataan media secara langsung kepada rakyatnya yang sedang membuat demontrasi, Barrack Obama telah menelefon Husni Mubarak dan bercakap selama setengah jam.

Selepas perbualan telefon tersebut, Barrack Obama telah memberikan kenyataan bahawa sudah sampai masanya Husni Mubarak mendengar suara rakyat Mesir supaya mengundurkan diri dan membuat peralihan kuasa dengan aman.

Jika dilihat daripada usaha campur tangan Barrack Obama dalam hal ini sebenarnya mempunyai agenda lain; berusaha untuk mencari pengganti Husni Mubarak yang masih lagi mahu membuat rundingan damai dengan Israel.

Maksudnya walaupun Husni Mubarak telah digulingkan biarlah Perdana Menteri Mesir yang akan dilantik masih lagi hendak menjadi orang suruhan atau suruh angguk, angguk dan suruh geleng, geleng ; kepada Amerika Syarikat dan Israel.

Amerika Syarikat dan Israel berada dalam keadaan gelisah sekarang ini kerana jika pengganti Perdana Menteri Mesir yang baru lahir daripada pihak Ikhwanul Muslimin pasti kuasa mereka akan tergugat oleh kebangkitan para mujahid Islam. Kedudukan negara Mesir yang menjadi pintu masuk ke negara Israel berupaya menggugat kedudukan Rejim Zionis daripada terus menduduki Palestin.

Kedudukan Mesir yang berjiran dengan Arab Saudi, Sudan, Libya dan Jordan yang merupakan negara Islam; mampu membangkitkan semangat jihad untuk menentang Rejim Zionis daripada terus menzalimi rakyat Palestin.

Dikhuatiri Mesir akan menjadi pemangkin kepada kesatuan negara Islam di bahagian Arab, Amerika Syarikat cuba untuk mempengaruhi rakyat Mesir dengan membuat kenyataan "Amerika Syarikat bersedia bersama dengan rakyat Mesir selepas berlaku peralihan kuasa daripada kerajaan Husni Mubarak".

Sudah semestinya juga jika Ikhwanul Muslimin diangkat menjadi Perdana Menteri Mesir yang baru mereka tidak akan menjalinkan hubungan baik, hubungan diplomatik atau sebarang bentuk rundingan dengan Israel dan Amerika Syarikat.

Mari kita berdoa bersama-sama supaya kerajaan Husni Mubarak berjaya digulingkan dan seterusnya Perdana Menteri Mesir yang baru diangkat daripada golongan Ikhwanul Muslimin supaya selepas ini kebajikan rakyat Mesir terjaga.


Hal yang paling penting ialah supaya agama Islam iaitu agama yang benar kembali bersinar di bumi Mesir; menjadi pemangkin kepada kebangkitan mujahid-mujahid Islam untuk menjatuhkan empayar Amerika Syarikat dan Israel yang selama ini telah banyak menekan dan menzalimi umat-umat Islam di seluruh dunia.

Jika Husni Mubarak mengatakan kesediaan beliau untuk bersara daripada arena politik negara pada bulan September ini jangan kita termakan dengan kata-katanya yang telah terbukti selama ini menzalimi rakyatnya sendiri.

Setiap tahun Mesir telah mendapat bantuan kewangan daripada Amerika Syarikat sebanyak US$1.3 billion untuk ketenteraan dan US$ 200 juta untuk ekonomi negara tetapi kemana semuanya pergi.

Rakyatnya terus kebuluran, tidak mempunyai kerja dan ramai yang menjadi pengemis jalanan. Husni Mubarak juga tidak pernah menarik perintah darurat selepas beliau menjadi Perdana Menteri Mesir; dilihat siapa sahaja yang bangun untuk melawan beliau akan ditangkap dan dipenjara.

Semoga kita terus mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Mesir yang teraniaya oleh kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Semoga kita juga terasa akan tanggungjawab kebersamaan sesama umat Islam dikala saudara kita di Mesir syahid mempertahankan agama dan tanah air mereka. Semoga Allah terus-menerus melemparkan semangat jihad di dalam hati setiap rakyat Mesir. Bangkit wahai Mujahid Muda!!! Mujahid Islam!!! Allah bersama pihak yang benar!!!

Feb 3, 2011

Perlancaran Kempen cegah Mungkar

Rakyat diseluruh negara dijemput untuk sama sama menyertai.
Selamat mengumpul.

Mesir Hari ini







Feb 2, 2011

Duta di Mesir tidak jenguk langsung pelajar

Duta di Mesir tidak jenguk langsung pelajar disana??
Sehingga kini difahamkan pegawai dari MKN, Tim.Menteri , Pak Duta dan KOnsul Jeneral tidak menjenguk lansung pelajar dan hanya membuat sandiwara bahawa mereka ke Cairo adalah untuk membantu pelajar sedangkan hakikatnya mereka bersuka-suka dan makan minum sahaja.

assalamu'alaikum...
Untuk makluman semua...awalnya ana dapat sms dari zauji(suami) di kaherah hari jumaat(lepas solat jumaat waktu kaherah), bagitahu yang ada muzoharat (demonstrasi) dan banyak kereta kebal. Keadaan tegang di Tahrir..itu sms terakhir saya dapat..Selepas itu sms saya tak berbalas dan call guna IDD dan hand.set pun tak dapat..
sampai hari isnin...saya tak dapat hubungi..rasa risau tambahan anak di sini mula demam.pagi isnin seorang sahabat cadagkan ana call guna internet yang biasa student sana guna-lowratevoip..ana try kerana ana ingat pasword lowrate kepunyaan suami..hamdallah dapat...tapi tak berapa clear...
setakat hari ini ana sudah call 3x. keadaan yang teruk di Tahrir..area h.asyir ok...cuma perintah berkurung dari pukul 3ptg hingga 8pgi..bank2 tutup..atm tak boleh guna..harga barang-barang semua naik dan dicatu, harga tiket flight pun melambung hingga le5k utk 1way...flight banyak delay n cancel.
suami bagtahu kena berhati-hati dan semua student kena berkumpul di rumah negeri..
hari ini husband ana kat zaqaziq(dia tekad balik zaqaziq semalam kerana kad pengenalan dan dokumen penting masih berada di rumah sewa )
keadaan di zaqaziq tenang tak sepertt di kaherah tetapi perlu berjaga-jaga...
ana harap semua student n rakyat malaysia dapat dibawa pulang secepat mungkin,walaupun sesetengah tempat dilaporkan tenang.
masalah seperti atm tak boleh guna-sukarkan mereka yang tiada duit belanja dengan barang yang dicatu dan naik harga..
sama seperti situasi negara perang.wallahu a'lam.

Jan 26, 2011

623 Anak Luar Nikah di Terengganu 2010

sumber : Sinar Harian 26.01.2011
KUALA TERENGGANU – Amat menggerunkan apabila jumlah kelahiran anak luar nikah yang didaftarkan mencatat angka cukup besar, melebihi 600 orang sepanjang tempoh 2010 di negeri ini.

Melalui statistik Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Terengganu, anak luar nikah atau diistilahkan sebagai anak tidak sah taraf itu paling banyak berlaku di daerah ini melalui pendaftaran paling tinggi iaitu 188 berbanding di daerah lain.

Pengarahnya, Ghazali @ Suhaimi Muhammad mengakui, apa yang mengejutkan juga, kebanyakan kes paling tinggi berlaku dalam kalangan mereka yang berketurunan Melayu.

“Bagi pihak JPN, sudah menjadi tanggungjawab jabatan, setiap orang yang lahir perlu didaftarkan,” katanya.

“Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan di Pejabat JPN, Wisma Persekutuan, di sini, semalam.

Berdasarkan statistik pendaftaran anak tidak sah taraf itu, Besut mencatat pendaftaran kedua tertinggi iaitu sebanyak 102 orang, Dungun (78), Setiu (68), Kemaman (63), Hulu Terengganu (43), Marang (30), Kerteh dan Al-Muktafi Billah Shah masing-masing 23 dan 28 pendaftaran.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata, anak yang tidak sah taraf akan dibin atau dibintikan dengan nama Abdullah dalam sijil kelahiran.

“Biasanya sijil kelahiran anak tersebut tidak mempunyai maklumat ‘bapa’ tetapi ada kes tertentu yang meletakkan maklumat ‘bapa’ dan perkara ini tertakluk di bawah Seksyen 13 Akta Pendaftaran Negara 1957, bagaimanapun nama anak tetap dibin atau dibintikan dengan Abdullah.

“Ramai tidak tahu mengenai akta ini dan ada yang menyalahkan JPN, seolah-olah kita tersalah bin atau bintikan anak tersebut memandangkan maklumat bapa tertera dalam sijil berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga pendaftaran sijil kelahiran anak tidak sah taraf berlaku dalam kalangan warga asing yang melahirkan anak mereka di negeri ini.

“Sekiranya yang melahirkan anak itu adalah warga asing, mereka perlu mendaftarkan kelahiran di JPN dan harus dijelaskan di sini, sijil kelahiran bukan penentu taraf kewarganegaraan seseorang, sesiapa pun kena berdaftar,” katanya.

Sementara itu, Ghazali turut berharap kelahiran anak luar nikah dapat diatasi melalui kerjasama pelbagai agensi supaya ia tidak merebak atau menjadi penyakit masyarakat.

Kalau Bukan ini Pilihanya...




Kalau bukan ini menjadi pilihan di DUN Tenang, yang macamana lagi nak dicari????



PENDEDAHAN XCLUSIF!!! FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M !!

BAHAGIAN F.L.O.M.


Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod
Pegawai Khas


Saleha binti Mohd Rabani
Pembantu Peribadi


G. Vimala
Pen. Pegawai Tugas Khas


Siti Zaiton binti Abdul Ghani
Pembantu Peribadi


Rizal bin Mansor
Pen. Pegawai Tugas Khas


Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed
Pen. Pegawai Tugas Khas


FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M

Kegilaan ini harus ditamatkan segera!!

Siapakah sebenarnya 'First Lady' dalam negara sistem raja berpelembagaan? Bukankah ianya hak milik kepada YTM Permaisuri Agong??

Satu persoalan yang kerap ditanya-tanya dan jawapan sebenar masih kelabu. Tetapi sejauh mana kelabunya jawapan kepada persoalan siapakah Wanita Pertama Negara, ia tidak pernah menjadi satu kebenaran untuk digunakan samada secara rasmi ataupun tidak rasmi ke atas sesiapa sahaja dalam negara ini waima isteri kepada Perdana Menteri.

Apabila istilah 'First Lady' ini digunakan walaupun secara tidak rasmi, ia satu pengkhianatan ke atas institusi Agong. Apatah lagi jika istilah tersebut digunakan secara rasmi, pasti si 'pencuri' istilah diraja itu harus dihukum dan dibuang negeri!

F.L.O.M Divisyen - Apakah fungsinya bahagian ini apabila ia diletakkan sebaris dengan bahagian lain dalam carta organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apakah ianya untuk 'menjaga' kebajikan isteri kepada Perdana Menteri?


Sepertimana yang tertera dalam laman web rasmi Perdana Menteri Malaysia, FLOM adalah satu penghinaan yang jelas bukan sahaja ke atas Tuanku Agong, tetapi ia juga penghinaan dan penganiayaan terhadap seluruh rakyat Malaysia apabila buat pertama kali dalam sejarah satu division dibangunkan hanya semata-mata untuk pengurusan seorang isteri Perdana Menteri.


Ia termasuklah mengurus untuk mendapatkan bajet-bajet yang tidak masuk akal seperti berlangsungnya Sidang Kemuncak "First Ladies" yang diadakan pada 11 hingga 13 Oktober tahun lalu di sebuah hotel terkemuka negara. Apabila konvensyen yang dihadiri oleh kebanyakkan Wanita Pertama negara-negara Afrika itu menelan belanja RM4.5 juta untuk period 3 hari, apakah ia masuk dek akal?

Tidak cukup dengan PERMATA, peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isteri perdana menteri juga disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak. Apakah ianya berkait rapat dengan penubuhan FLOM dan menjadi jalan kepada apa jua bentuk 'perniagaan'. Hapuskan kegilaan ini segera!!

Dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen. Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. FLOM atau nama panjangnya First Lady of Malaysia adalah sepatutnya disebut sebagai Pejabat Isteri Perdana Menteri.

Hari ini, ketika Najib mengarahkan rakyat marhein mengubah cara hidup dengan mengurangkan pelbagai jenis subsidi sebagai isyarat, sepatutnya berasa malu kerana membenarkan tertubuhnya sebuah pejabat Isteri Perdana Menteri. Penubuhan FLOM Divisyen ini juga menunjukkan betapa urusan pentadbiran negara sedikit sebanyak telah bercampur-aduk dengan perihal rumah tangga. Adalah lebih baik Najib mengumumkan satu jawatan menteri khas untuk isterinya.

Bilakah FLOM ditubuhkan? Untuk pengetahuan semua, nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh cukup terkenal kerana terlibat dalam perjumpaan Saiful Bukhari untuk memohon biasiswa di Pejabat Perdana Menteri. Anda melihat nama Khairil Anas sebagai salah seorang pegawai tertinggi dalam carta laman web JPM, tetapi adalah menjadi pelik apabila tidak seorang pun perasan kewujudan FLOM yang cartanya sedikit atas dari kedudukan nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh sedangkan nama Khairil Anas merupakan satu nama yang mempunyai kekerapan tinggi dalam enjin carian ketika namanya meletup satu masa dulu.

Sehingga hari ini, berapakah bajet yang telah dibelanjakan oleh FLOM tidak diketahui. Untuk apa bajet dikeluarkan? Apa yang dibelanjakan? Adakah ianya perlu dan berkepentingan? Sekadar mana keperluan Bahagian FLOM ini relevan? Apakah penubuhan Bahagian FLOM ini menjadi punca akan perbelanjaan dan peruntukkan untuk JPM jauh meningkat pada tahun ini ??

Justeru, kita sebagai rakyat harus mendesak agar bahagian yang tidak perlu seperti FLOM ini dibubarkan segera kerana tidak nampak akan keperluannya untuk kepentingan negara, selain daripada suatu pembaziran yang nyata. Kerajaan terpaksa menanggung pembayaran gaji yang lumayan terhadap setiap staf-staf yang bekerja di bawah pentadbiran bahagian FLOM. Ia termasuk juga gaji untuk pegawai-pegawai tertingginya yang pasti ada yang mencecah belasan ribu. Semua pembayaran ini untuk apa jika tidak untuk isteri Perdana Menteri dan kroninya?

Kepada wartawan, sila jalankan tugas anda untuk membuat terjahan ke Pejabat Bahagian FLOM di bawah Jabatan Perdana Menteri ini. Cuba tanya Najib apakah fungsinya Department First Lady of Malaysia dan tanya sama Rosmah, betulkah bajet FLOM melebihi bajet untuk pembangunan orang asli dan pembangunan Islam di negara ini? Sedikit keberanian pasti mengubah segala-galanya. Saya menunggu wartawan berani untuk memecah kebuntuan FLOM!!

Last but not least, mungkin ada yang bertanya, apakah kaitnya FLOM dengan isteri Perdana Menteri? Mungkin ada yang mempersoalkan, benarkah FLOM ini benar-benar ditubuhkan untuk Rosmah?

Harap sedikit lagi bersabar, akan saya bentangkan dalam satu lagi sesi pendedahan Divisyen First Lady of Malaysia! FLOM belum berakhir di sini dan akan diteruskan sehingga Department FLOM dibubarkan !!

Lihat Laman Rasmi JPM di Sini - http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947