Jan 26, 2011

623 Anak Luar Nikah di Terengganu 2010

sumber : Sinar Harian 26.01.2011
KUALA TERENGGANU – Amat menggerunkan apabila jumlah kelahiran anak luar nikah yang didaftarkan mencatat angka cukup besar, melebihi 600 orang sepanjang tempoh 2010 di negeri ini.

Melalui statistik Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Terengganu, anak luar nikah atau diistilahkan sebagai anak tidak sah taraf itu paling banyak berlaku di daerah ini melalui pendaftaran paling tinggi iaitu 188 berbanding di daerah lain.

Pengarahnya, Ghazali @ Suhaimi Muhammad mengakui, apa yang mengejutkan juga, kebanyakan kes paling tinggi berlaku dalam kalangan mereka yang berketurunan Melayu.

“Bagi pihak JPN, sudah menjadi tanggungjawab jabatan, setiap orang yang lahir perlu didaftarkan,” katanya.

“Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan di Pejabat JPN, Wisma Persekutuan, di sini, semalam.

Berdasarkan statistik pendaftaran anak tidak sah taraf itu, Besut mencatat pendaftaran kedua tertinggi iaitu sebanyak 102 orang, Dungun (78), Setiu (68), Kemaman (63), Hulu Terengganu (43), Marang (30), Kerteh dan Al-Muktafi Billah Shah masing-masing 23 dan 28 pendaftaran.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata, anak yang tidak sah taraf akan dibin atau dibintikan dengan nama Abdullah dalam sijil kelahiran.

“Biasanya sijil kelahiran anak tersebut tidak mempunyai maklumat ‘bapa’ tetapi ada kes tertentu yang meletakkan maklumat ‘bapa’ dan perkara ini tertakluk di bawah Seksyen 13 Akta Pendaftaran Negara 1957, bagaimanapun nama anak tetap dibin atau dibintikan dengan Abdullah.

“Ramai tidak tahu mengenai akta ini dan ada yang menyalahkan JPN, seolah-olah kita tersalah bin atau bintikan anak tersebut memandangkan maklumat bapa tertera dalam sijil berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga pendaftaran sijil kelahiran anak tidak sah taraf berlaku dalam kalangan warga asing yang melahirkan anak mereka di negeri ini.

“Sekiranya yang melahirkan anak itu adalah warga asing, mereka perlu mendaftarkan kelahiran di JPN dan harus dijelaskan di sini, sijil kelahiran bukan penentu taraf kewarganegaraan seseorang, sesiapa pun kena berdaftar,” katanya.

Sementara itu, Ghazali turut berharap kelahiran anak luar nikah dapat diatasi melalui kerjasama pelbagai agensi supaya ia tidak merebak atau menjadi penyakit masyarakat.

5 comments:

Anonymous said...

Bukan ke daerah Kuala Terengganu daerah yang dimenangi oleh PAS...so PAS kena bertanggungjawab....tak ada lagi alasan...

Anonymous said...

Dungun juga kawasan PAS...apa ni nak melaksanakan Islam...cakap aje berdegar-degar nak melaksanakan ISlam kesudahannya apa pon tarak...wakil rakyat makan gaji buta ajerr.. tipu rakyat....dah lah bahang elaun wakil rakyat buta2..kutip duit pengikut yg susah pulak tu atas nama Islam kononnya...pengikut susah tapi pemimpin mampu pulok berbining 3,4 orang..jahak sungguh perangarr...buat malu org islam jer...

mamatkelinggg putih said...

Kerajaan duk wat natang aper...asyik anjur konsert...anak muda berpeleseran sampai pagi..bila dah duduk berdua maka BN : Barang Naik .kakakakakh

Anonymous said...

doh mung ingat wakil rakyat "natang" deme tu dok kerajaan ke??...beliau pon sebahagian dari kerajaan...buat ahh khijer sebagai wakil kepada kerajaan kws yg dijaga..lepah menang kawasang nenggok sedakk bulih pitih elaung wakil rkyat..sedak ahh gittu..bukang takat mamat keling ork wahi jadi wakil rakyat kalu gittu...mamat giler pong mampu jadi tok wakil...hok wi batuang itu ini sudah sedia maklumlah wakil dari mana kan...dok pahang sungguh dia..skoloh takboh bila besor jaddi gining mula ahh susohh...

Unknown said...

pahceroh batuang batuang. batuang mmde sgt gok. deme skoloh tggi mane anonymous??