Dec 15, 2009

Isteri PM berdosa tak tutup aurat – Nakhaie Ahmad

Tajuk diatas dipetik dari harakahdaily.

Petikannya berbunyi begini :
"Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menutup aurat sebagai berdosa.

“Perbuatan seperti itu satu dosa,” katanya merujuk kepada soalan seorang peserta pada satu wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre.

Itu Nakhaie yang kata, tak kiralah samada dia terperangkap dan lalu terpaksa mengeluarkan kenyataan tersebut. Yang pentingnya beliau telah berani menyebut perkataan tersebut.

Apa yang menarik dalam kenyataan beliau ialah apabila dia berkata berdosa tidak menutup aurat.Kenapa ditimbulkan perkataan tersebut, kerana sejak akhir-akhir ini seringkali berlaku salah faham terhadap perkara tersebut.Ada sesetengah dikalangan masyarakat islam hari ini ( Wanita) menanggap bahawa berdosa tidak bertudung.Sedangkan hakikat sebenarnya ialah berdosa tidak menutup aurat, bertudung adalah sebahagian daripada menutup aurat, itupun sekiranya cara bertudung itu menepati syarak.

Jadi, apabila ada yang mentafsirkan bahawa bertudung sudah menutup aurat maka ramailah yang bert-shirt lengan pendek dan memakai mini telekung.

Berbalik kepada aurat, kewajipan tersebut untuk lelaki dan perempuan Islam. Bukan sekadar hanya isteri PM, semua yang tak tutup aurat tetap berdosa, tak datin, tan seri, to' puan atau apa-apa jua gelarannya. Sesungguhnnya menutup aurat itu wajib.





.

Rakyat Malaysia khalwat di Jeddah: Sebatan 70 kali

Seorang jururawat warga Malaysia berusia 30-an berdepan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara selepas ditahan berkhalwat di sebuah rumah di Jeddah, Arab Saudi.

Pasangannya, seorang doktor juga rakyat Malaysia berusia 40-an, bagaimanapun melarikan diri meninggalkan kekasihnya, dipercayai menggunakan pasport palsu Indonesia untuk keluar dari Arab Saudi sebelum kes itu dibicarakan.

Kedua-duanya yang bertugas di sebuah hospital di Jeddah, ditahan bersama seorang lagi lelaki warga Malaysia yang menghadapi tuduhan bersubahat kerana tinggal di rumah sama.



.

Dec 14, 2009

Bila UBN Berniaga Duit Kerajaan.....

Terengganu tutup firma rugi
100 syarikat milik kerajaan negeri distruktur semula mulai tahun depan


Ini lah kehebatan Kerajaan BN Terengganu mentadbir negeri ini. Selama ini rakyat Terengganu
dihidangkan dengan berita yang lunak-lunak dan enak-enak.

Anak-anak Syarikat Kerajaan Terengganu ini antaranya ditadbir dan diurus oleh wakil rakyat BN dan pemimpin umno semua peringkat.

Orang-orang umno memang pandai berniaga, lebih lebih lagi dalam membuat satu-satu tuntutan dari anak syarikat.


Kira-kira 100 syarikat milik kerajaan Terengganu yang terbabit dalam perniagaan, komersial dan pelaburan akan distruktur semula bermula tahun depan dalam usaha menjadikannya lebih berdaya saing dan mampu menjana keuntungan dari semasa ke semasa.

Usaha itu akan dilakukan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB), iaitu perbadanan yang menguruskan semua aktiviti syarikat terbabit dan penstrukturan semula dijangka mengambil tempoh setahun untuk diselesaikan tanpa membabitkan pembuangan pekerja.


TISB kini memiliki tiga syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu TDM Berhad Group; Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad yang terbabit dalam industri minyak dan gas serta Golden Pharos Berhad yang terbabit dalam sektor pembalakan.

Ia diperbadankan pada 1 Mac 2006 dan agensi yang terbabit dengan TISB ialah Menteri Besar Inc, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga.

Syarikat lain yang diuruskan TISB termasuk Jasa Merin (M) Sdn Bhd yang menyediakan kapal sokongan pesisir pantai dalam sektor industri minyak dan gas; Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd yang mengurus dan mengendali sumber air untuk keperluan domestik dan komersial; Hartanah Terengganu Sdn Bhd dan GPQ Sdn Bhd (sektor hartanah dan pembinaan); Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, Ketengah Jaya Sdn Bhd dan Yit Ketengah Perwira Sdn Bhd (sektor pertanian, ladang sawit, ternakan ayam, kambing dan lembu).

Selain itu, TISB turut memiliki Hotel Primula Beach Resort dan Permai Inn serta syarikat pelancongan, YTYI Sdn Bhd, Pusat Perubatan Kuantan (KMC), Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTSH) dan Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC); serta Safety Centre Sdn Bhd.

Selama ini rakyat didedahkan bahawa umno BN lah satu-satunya parti yang boleh mentadbir negeri ini dengan baik. Mampu mengurus anak syarikat untuk lebih maju dan untuk kepentingan rakyat.

Orang-orang yang jujur dan orang-orang yang mahir dalam perniagaan sudah lama nampak yang terlalu banyak anak-anak syarikat negeri ini yang bertindih dan bertindang aktivitinya.Malah lebih dasyat dari itu, ada syarikat ini berlawan dan bersaing perniagaan dengan rakyat negeri.Contoh yang paling nyata adalah antara TDM dan ladang Rakyat.
Walaupun TDM ada aktiviti lain, namun masih ada yang bertindih dengan Ladang Rakyat.

Itu Umno BN Terengganu yang cekap dan sedang merakyatkan pembangunan.

Satu soalan cepumas untuk dijawab oleh UBN dan sewaktu dengannya, : Apakah tujuan sebenar penubuhan anak syarikat tersebut? Adakah sekadar untuk memberi jawatan dan gaji kepada pemimpin umno?

Dec 13, 2009

Dr Jeffrey KitinganMasih Bersama PKR ?

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam buat pertama kalinya secara terbuka mengakui sesetengah calon pilihan raya bagi parti itu yang menang dalam pilihan raya umum tahun lalu ternyata mempunyai trek rekod yang tidak memuaskan.

’’Kita berhadapan dengan masalah kerana beberapa calon yang kita letakkan bertanding mempunyai trek rekod yang lemah.Malah pada sesetengah kawasan, kita tidak jangka pun yang mereka akan menang tetapi mereka menang," katanya.

Anwar berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Konvensyen PKR Negeri Sarawak yang pertama di Crown Square.

Anwar, berkata, dua daripada calon mereka yang menang tetapi 'bermasalah' di Perak telah pun mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai Umno (sebenarnya bebas).

Malah beliau memberi amaran mana-mana wakil rakyat PKR yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat akan digugurkan daripada senarai calon menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun beliau menyatakan rasa puashatinya dengan ahli-ahli parlimen PKR yang beliau sifatkan sebagai 'cemerlang' tetapi mereka masih perlu terus mempertingkatkan kecekapan kerana harapan yang diletakkan oleh rakyat adalah tinggi.

Ditanya mengenai keputusan Adun Ngemah, Gabriel Adit yang mengisytihar keluar PKR dan menyertai Parti Cinta Malaysia, Anwar berkata, itu adalah hak beliau untuk menyertai mana-mana parti pilihannya kerana dia telah lama meninggalkan PKR.

Dalam nada yang sinis, Anwar berkata, PKR tidak mempunyai tempat untuk seseorang pemimpin yang menyertainya dengan harapan mereka akan menyelesaikan hutang pribadi atau hutang cukai pendapat.

Mengenai Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Anwar sambil tersenyum berkata; "Saya telah mendengar pelbagai khabar angin tetapi hakikatnya ialah beliau ada bersama saya hari ini (duduk di sebelah Anwar pada sidang akhbar itu).

Dec 12, 2009

Tahniah Malaysia 2- Thailand 1

Pasukan bola sepak Malaysia meraikan kemenangan sejurus tiupan wisel pengadil dalam masa kecederaan pada perlawanan menentang Thailand sempena Sukan SEA Ke-25 di Stadium Utama, Vientiane, hari ini. Malaysia menewaskan Thailand dengan keputusan 2 -1 seterusnya melayakkan skuad negara ke pusingan separuh akhir.

YB Ustaz Wan Ismail kini HUSM

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, yang sakit ketika mengerjakan haji di Mekah, selamat pulang untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, sekembalinya dari Tanah Suci petang ini.

Wan Ismail, 59, dibawa ke hospital itu dengan menaiki ambulan setibanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dekat sini dan diiringi anggota keluarganya.

Antara pemimpin PAS yang menyambut ketibaan beliau ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, dan Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat.

Dua hari lepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan bahawa Adun Melor itu uzur ketika mengerjakan fardhu haji dan tidak mengetahui secara jelas penyakit Adun itu

Dec 8, 2009

Negara Rugi RM100 Billion dibawah Pentadbiran Mahathir




Sebuah buku, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times mendakwa Malaysia mengalami kerugian kewangan secara langsung berjumlah kira-kira RM50 billion sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahan Dr. Mahathir.

Jumlah itu bertambah sekali ganda jika diambil kira kerugian lain yang ditanggung, seperti pelupusan hutang tanpa rekod.

Berasaskan nilai pertukaran matawang, ‘kerugian’ RM100 billion itu bersamaan dengan AS$40 billion.

Buku itu, yang ditulis oleh bekas editor Asian Wall Street Journal, mendakwa kebanyakan kerugian berlaku pada sekitar tahun 1980-an dan antara penyebabnya ialah percubaan kerajaan untuk memanipulasi pasaran timah dan pertaruhan Bank Negara dalam pasaran matawang.

Penulis itu, yang kini menjadi penulis residen di the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore turut mendakwa Mahathir menggunakan sumber kewangan rahsia untuk membolehkan UMNO, yang diterajuinya ketika itu berkembang menjadi sebuah kolongmerat besar dengan pelaburan dalam setiap cabang ekonomi.





Oleh: Haji Banang
(dipetik dari http://www.paradigma.com.my/ )



.

Buku Kemelut Politik Umno Terengganu

Buku ini belum ada dipasaran, ditulis oleh kumpulan Pro Ahmad Said dan penentang kuat Idris Jusoh. Penulis, Zainal Yusuf sebelum ini seringkali menulis melalui media baru, blog dan portal menentang keras Idris Jusoh, mengkritik kumpulan 10.

Diharapkan dengan kehadiran buku ini akan menambahkalutlah lagi Umno Terengganu.

Betul ke KB Mall Runtuh ?

Gempar seluruh negara KB Mall runtuh.

Ramai yang tak faham mengatakan KB Mall runtuh....


Isk....isk... itu bukan runtuh, itu kejadian kereta langgar tembok dan tembok pecah dan kereta pun jatuh kebawah.

Janganlah pula keruntuhan di Terengganu nak pula di bawa ke Kelantan, jangan jadi macam Pak Pandir.

Yang runtuh itu begini :-

Runtuh 1
Runtuh 2
Runtuh 3

Dec 6, 2009

Tidak Perlu Tegur Tok Guru Nik Abd Aziz - Harun Taib

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang kini berhadapan dengan isu ‘doa sampai pecah perut’ sebagai mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada pemimpin lain.

Harun berkata, keistimewaan Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, jelas berdasarkan sokongan kuat rakyat, lebih-lebih lagi di negeri tersebut.

“Setiap kali Tok Guru adakan majlis, terdapat ramai penyokong. Sebab itulah Pas terus memerintah Kelantan (sejak 1990) hingga kini. Rakyat sentiasa di belakang beliau. Kita harap sokongan akan berterusan,” katanya.

Harun menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai tokoh yang sukar digugat dan ketokohannya itu diharap dapat membuat beliau terus menjadi Menteri Besar.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu, mengulas soalan berkaitan bilangan orang di majlis perhimpunan anjuran Pas di Dataran Ilmu, Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin untuk mendengar ucapan Nik Abdul Aziz mengenai isu tersebut.

Perhimpunan itu diadakan empat hari selepas demonstrasi bantahan penyokong UMNO terhadap Nik Abdul Aziz, mendesak beliau meminta maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung ‘doa bala’ yang Nik Abdul Aziz cadang diadakan sekiranya Kerajaan Pusat tidak memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mahu tokoh agama dalam Pas menegur hasrat Nik Abdul Aziz yang disifatkan bertentangan dengan ajaran Islam kerana hendak mendoakan orang Islam lain ditimpa musibah, Harun berkata, teguran sentiasa dibuat jika ada tokoh atau ahli parti itu dianggap melakukan perbuatan bercanggah dengan ajaran Islam atau melampaui batas.

“Teguran bukan kepada ahli sahaja, tetapi meliputi pimpinan tertinggi parti, termasuklah Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Kita tidak akan membiarkan perbuatan melampau (sekiranya ada),” katanya.

Bagaimanapun, dalam kes ‘berdoa sampai pecah perut’ Nik Abdul Aziz itu, katanya, teguran tidak perlu kerana beliau tidak bersalah.

“Kita perlu faham sebab beliau hendak berdoa demikian. Beliau tidak akan mendoakan sesuatu tanpa sebab. Hasrat beliau hendak berdoa demikian disebabkan kerana rakyat Kelantan dizalimi Kerajaan Pusat, yang enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, tetapi menggantikannya dengan wang ihsan,” katanya.

Muhyiddin berkata kelmarin, sebagai seorang yang digelar Mursyidul Am dan berpengetahuan luas dalam agama, Nik Abdul Aziz tidak patut bertindak atau berkelakuan yang tidak mencerminkan sifatnya sebagai seorang Islam.

“Adakah wajar orang yang dizalimi ditegur hanya kerana mereka berdoa? Bukankah mereka berhak berdoa atas dasar mahu mendapat kembali hak mereka? Mereka berdoa semata-mata untuk membanteras kezaliman yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN),” katanya.

Harun berkata, tindakan mereka mendapatkan royalti minyak untuk Kelantan diharap dapat mengelak negeri lain hilang hak mereka kepada Kerajaan BN.

Beliau percaya tumpuan yang diberi kepada Kelantan dan cabaran yang dihadapi oleh Pas membuktikan ia sebuah parti yang kuat dan mampu terus memerintah Kelantan.

Sumber : Sinar Harian