Mar 30, 2010

Adun Umno Terus Boikot Ahmad Said

Khabar angin yang bertiup sepanjang februari 2010 langsung tidak menggoyahkan Ahmad Said sebagai MB Terengganu yang diwar-warkan akan gugur atau digugurkan pada Mac ini.

Walaupun ada dakwaan usaha untuk menjatuhkan beliau masih diteruskan, namun belium dipastikan sejauhmana keberkesanan gerakan tersebut.

Dewan Undangan Negeri Terengganu dijangka akan meneruskan mesyuarat pertama bagi penggal ketiga pada 5-8 april ini. Ada jangkaan memungkinkan persidangan kali ini akan terus panas kerana khabarnya adun umno yang menentang Ahmad Said akan terus menerus berusaha mengaibkan beliau melalui sidang dun ini. Persidangan Dun merupakan ruang dan pentas yang paling sesuai bagi mereka untuk memalukan MB kerana itulah tempatnya berkumpul semua wartawan dan pegawai kanan negeri dan federal.

Pre council persidangan Dun yang diadakan di Seri Iman, kediaman rasmi MB Terengganu beberapa hari yang lalu menjelaskan bahawa kumpulan penentang Ahmad Said masih terus memboikot program itu.

Dari senarai 10 budak hitam sebelum ini, masih ada 7 yang tidak bersama dalam majlis tersebut. Mereka terdiri dari Datuk Seri Idris Jusoh( Jerteh), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka) , Datuk Rosol Wahid (Ajil), Muhamad Pehemi Yusof (Kota Putera)dan Nawi Mohamad (Hulu Besut).

Dari senarai tersebut, ini bermakna 3 orang budak hitam yang sebelum ini pernah memboikot sidang Dun Terengganu telah berpaling tadah, mereka terdiri dari Mohamad Ramli Noh ( Tepoh), Mohd Zawawi Ismail( Kuala Berang) dan Halim Jusoh (Permaisuri).

Sehingga saat ini dimana Rosol Wahid dilihat masih konsisten didalam memulau setiap program yang dihadiri Oleh Ahmad Said. Ketika Ahmad Said turun ke Hulu Terengganu melawat pembangunan kampung Butut kelibat Rosol masih tidak kelihatan. malah ketika menjayakan program Juara Rakyat yang diadakan di Kuala Telemong minggu lepas juga Rosol masih juga tidak kelihatan , malahan AJK Umno Bahagian dari DUN Ajil iaitu Mohd Nasir Ismail telah mewakili Dun Ajil menerima papan simbolik perlaksanaan program Juara rakyat.

Sekiranya situasi ini berterusan, sudah hampir pasti Nasir akan mengambil alih bagi menjadi calon Dun Ajil dalam Pru ke-13. Maka sekiranya ia betul betul belaku sedemikian berakhirlah kerier politik Rosol Wahid yang dimatikan oleh Umno Hulu Terengganu sendiri.

4 comments:

Anonymous said...

Untuk beliau kesana bukannya kawasannya pon ( dun ajil )......beliau pon bukannya ada jawatan di bahagian...atas kapasiti apa untuk beliau kesana?...tindakannya adalah betull...yang tak betulnya cik siti ni kot...lebeh sudu dari kuah agaknya...pastu libatkan adun-adun lain...2 sebab yang menyebabkan ramai orang kena gulai di neraka adalah disebabkan oleh dua lobang, lobang mulut dan lobang tuttt....hati2 yaa cik siti....

CikGU Bahru Ghani said...

Nasir Ismail adalah AJK Umno Hulu Terengganu yang menang dalam pemilihan tahun lepas. Ketika itu Rosol tewas ditangan ruzi dan Mohd Noor Othman tewas ditangan Ku Putera.
Nasir kesana kerana mewakili Dun Ajil. Semua Dun mempunyai wakil masing2 dlm program tersebut, kalau tak tahu jgn cakap...org tahu yg kita tak tahu.

Anonymous said...

cikidaut....http://citra-bangsa.blogspot.com/2009/09/kenyataan-penuh-menteri-besar.html

Anonymous said...

http://citra-bangsa.blogspot.com/2009/09/kenyataan-penuh-menteri-besar.html