Sep 12, 2009

Najib hanya mampu beri RM500 sahaja.

Tahniah kepada kakitangan kerajaan dari kumpulan sokongan dari gred 1- gred 17 kerana PM Najib telah terbuka hati untuk memberi bonus tahun ini sebanyak RM500.00 sahaja.

Ini bermakna kalau Ct juga masih kakitangan perkhidmatan Awam, nescaya ct pun tak berbau dengan bonus tersebut.

Zaman Mahathir dan Abdullah Badawi, paling komang pun bonus yang luluskan untuk kakitangan sektor awam ialah sebulan gaji dan RM1000.00 bagi mereka yang gajinya tak sampai RM1000.00.

Ketika ekonomi Malaysia agak merudum beberapa tahun yang lalu, Abdullah Badawi tetap meluluskan bonus sebulan gaji.

Tidak pasti pula samada dengan hanya memberi bonus RM500.00 untuk kumpulan sokongan termasuk dalam slogan Rakyat didahulukan.

Ini bermana kalau dilihat kepada bonus tahunan kakitangan awam, Najib mengundur jauh kebelakang dari Pak Lah.Najib mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah selepas paksaan demi desakan di ajukan kepada Pak lah supaya menyerahkan kuasa kepada Najib.

Najib kini mungkin boleh berfikir yang mengetuai kerajaan ini tidaklah semudah yang beliau janjikan ketika menggerakan "bala tenteranya" untuk mendesak Pak Lah melepaskan jawatan.

Sementara Pak Lah juga boleh menempelak Najib, bahawa memerintah malaysia tidak semudah yang Najib fikirkan sebelum ini.

Ini juga dapat dilihat bahawa kegagalan najib selaku menteri kewangan untuk mempertingkatkan ekonomi negara kerana beliau tidak mampu menambah kewangan negara.
Dari sebulan gaji bertukar menjadi RM500.

Sah! Najib gagal mendahulukan rakyat melalui 1 Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

syukur alhamdulillah... ada jugak...

Anonymous said...

Tidaklah berterima kasih kepada allah jika kamu tidak berterima kasih sesama manusia....jika kita bersyukur nescaya allah akan tambahkan lagi nikmat, sekiranya kamu kufur...tunggulahh...saya tak berapa pandai sangatpun...ijazah dan diplomapun dalam it ajer..mungkin tak sehebat kak siti yang ada phd dlm agama...mgkin pandangan kak siti lebeh hingga dapat menembusi pandangan orang kebanyakan...Wallahhua'lam