Dec 27, 2008

Wajarkah PAS umum calon di Stadium Negeri?


Salam hormat,

Sekian lama menyepi diri tanpa sebarang tulisan,ct terpanggil untuk mengajak semua pembaca budiman sama-sama membaca, menrenung dan menilai kewajaran bagi PAS Terengganu menggunakan dewan Stadium Negeri Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu didalam mengumumkan calon nya dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.


Pada mulanya saya merasakan bahawa ianya merupakan satu strategi PAS apabila ada ura-ura yang YAB Menteri Besar Terengganu secara lisannya telah berjanji memberikan Stadium Untuk dijadikan tempat untuk mengumumkan calon PAS pada 1 Januari 2009 nanti.


Selepas mendengar sidang akhbar oleh YB tuan Guru Presiden PAS pada 21 Disember 2008, beliau dengan rasminya telah mengesahkan bahawa PAS akan mengumumkan calonnya pada 1 januari 2009 di Stadium negeri.


Apakah kewajaranya? apakah keperluannya? Stadium negeri....Hebat sangatkah PAS bila dapat menggunakan stadium negeri?Memuncak kah mood petugas PAS bila dapat buat ceramah di Stadium negeri? hebat benarkah pimpinan PAS yang berjaya menawan hati Mat Said?


Saya difahamkan bahawa Kelulusan penggunaan Stadium tersebut tanpa sebarang syarat.Ye...macamana dengan Dewan Dato' Amar Diraja di Bandar Cukai Kemaman tempohhari semasa kita mengadakan injima' Kepimpinan negeri, juga tanpa syarat, tapi kemudian Pas tidak dibernarkan memasang sebarang bentuk bendera lambang bulan diluar dan di pagar Dewan.Namu ada kawan-kawan di Kemaman yang jenis 'keras Keng' bertindak sendirian menggantungkan bendera PAS di pintu masuk utama dewan, walaupun pada mula terpaksa bertegang leher dengan pemimpin PAS Kemaman yang berusaha mendapat kelulusan dewan.

Itu tak mengapa kerana dalam mood dan suasana biasa.


Macamana dengan sekarang? dalam mood dan suasana pilihanraya, malah seorang teman saya orang kuat Nisa' negeri menyebut dalam mood perang.Seni perang itu mengharapkan selangkah sahaja untuk merebahkan lawan. Tidak perlu 2 atau 3 langkah, langkah pertama kalau kena caranya sudah boleh meranapkan lawan, atau paling tidak mengurangkan dayajuang lawan.


Pekerja PAS bahawan yang ditemui sebahagian besar sangat kecewa dengan fenomena ini.Mereka sangat kecewa dengan kejadian 'Hidung Tak Mancung pipi tersorong-sorong ' Untung seringgit , ruginya 100 ringgit.

Hanya sekadar kerana musim hujan?ah, penyokong pas sudah bertahun-tahun mendengar ceramah dibawah hujan dan ribut pemimpin tetap juga dibawah khemah.


Penyokong sudah biasa dengan bahaw pohon kelapa, bawah pohon mempelam diatas hujan mencurah dibawah embun membasah.Kami penyokong tidak minta stadium, ingatlah kalau ceramah dibaruh, dipadang, dibendang, di paya pemimpin dan penceramah masih lagi juga dibawah khemah dan diatas pentas.


Janganlah dikambinghitamkan kami pengikut bahawan ini, kononnya untuk menyelematkan kami dri hujan ribut.Kami tidak pernah minta itu semua..Kami masih bersedia dibawah hujan dan diatas rumput.Kami seronok dengan itu semua, kami di tarbiah supaya lebih mempelajari kesusahan dari bermewahan dan kesenangan.Apabila sentiasa dengan keselesaan yakinlah ahli-ahli jamaah yang dilahirkan itu tidak berkualiti walaupun mungkin ia sangat berkauntiti.


Wahai pemimpinku, berapa sewa Stadium tersebut?elok jumlah sewa yang dibayar kepada MBKT itu diberi kepada UPU[unit peti undi] Pas yang masih memerlukan duit walaupun mungkin sudah diberi,

Andainya sewa Stadium berjumlah RM5000.00 iani telah boleh diagihkan kepada setiap Dun RM 1200.00, jumlah ini sudah mampu membeli sebuah Komputer biasa untuk kegunaan Pilihanraya kecil ini.


Akhiranya, mewakili keluhan kawan-kawan yang tidak bersetuju dengan langkah PAS Terengganu menyewa Stadium Tertutup tersebut mengharapkan supaya PAS Terengganu membatalkan semula hasrat untuk menyewa Stadium tersebut pada 1 Jan.2009


Ct - sejujurnya tawar hati dan semestinya tidak akan hadir pada pada 1 jan 2009 sekiranya di buat di Stadium. Maaf!



Dec 14, 2008

Dec 10, 2008


POSTER PRK P36

Dec 3, 2008

PRK Kuala Terengganu satu kajian buat renungan

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan selewat-lewatnya 27 Jan 2009, iaitu tarikh terakhir 60 hari selepas ianya kosong kerana kematian Ahli Parlimen tersebut Dato’ Razali Ismail pada 28 Nov 2008.

Parlimen Kuala Terengganu yang mempunyai empat Dewan Undangan Negeri iaitu N13 Wakaf Mempelam, N14 Ladang, N15 bandar dan N16 Batu Buruk.
Dalam piliharaya umum ke-12 pada 21 mac 2008 PAS telah memenangi 3 dari 4 Dun tersebut.

Secara lojik akalnya atau secara teori sepatutnya dengan memenagi 3 dari empat Dun di Parlimen Kuala Terengganu Hj Mohamad Sabu sebagai calon Pas P036 telah memenangi Parlimen tersebut.Namum hakikatnya semua sudah maklum.
Disini dapat dilihat pengundi di Parlimen Kuala Terengganu hanya sedia menerima Pas di peringkat Dewan undangan Negeri sahaja, sebaliknya mereka telah menolak Pas atau mengundi BN diperingkat Parlimen.

Walaupun ada yang menyatakan bahawa Mohamad Sabu tewas kerana undi Pos, namum hakikat atau realiti pengundi pos bukan penentu utama dalam keputusan tersebut.Teori tersebut mungkin berasasakan kepada angka sebelum peti undi pos dikira.

PAS 31,881
BN l 31,566
Majoriti 315.

Namum selepas undi pos dikira , keputusan telah berpihak lepada BN dengan mendapat 32,562 dan PAS 31,934 dengan majoriti 628 .

Mari pula kita sama-sama melihat angka keputusan 4 Dun Dalam Parlimen tersebut itu:

N13 - WAKAF MEMPELAM
PAS...........9,645
BN ............7,452
Maj.............................................+2,193

N14 - BANDAR
BN .............7,831
PKR............6,689
Maj.............................................-1,142

N15 - LADANG
PAS............6,723
BN..............6,692
MAJ................................................+31


N16 - BATU BURUK
PAS...........10,672
BN.............. 9,511
MAJ..............................................1,161

Keseluruhan dari majoriti Dun diatas sepatutnya PAS memenangi parlimen tersebut dengan majoriti 2243 undi.

Angka diatas menunjukkan bahawa 1615 pengundi di keseluruhan 4 Dun diatas telah mengundi BN di Parlimen dan PAS/PKR di peringkat DUN.
Untuk memastikan angka sebenar dari Dun Mana yang mengundi sedemikian perlu dilihat kepada jumlah undi yang didapati oleh BN dan PAS menerusi keputusan Parlimen mengikut Dun.

Ada cakap-cakap yang menyatakan bahawa faktor ini adalah kerana Mohamad Sabu merupakan calon yang dimpot dari luar Terengganu, kerana rakyat Terengganu masih belum dapat menerima calon calon luar dari Terengganu sepertimana pengundi Kelantan yang boleh menerima 4 calon Parlimen dari luar iaitu Machang, Kuala Krai, Kubang Kerian dan Bachok.

Jika faktor diatas penyebab kepada keputusan Pru 12 di Kuala Terengganu, maka PAS perlulah mengemukakan calon anak tempatan didalam piliharaya Kecil yang akan ditentukan tarikhnya oleh SPR pada 5 Dis 2008 nanti.

Sementara sesetengah pendapat pula mendakwa populoriti dan keperibadian Calon BN di Parlimen yang telah mengubah mood pengundi untuk membahagikan undi mereka kepada BN di Parlimen dan PAS/PKR di DUN.
Jika benarlah pandangan kedua ini, maka Mohamad sabu masih relevan untuk dicalon didalam pilihanraya kecil itu nanti.

Namum keputusan sebenarnya terserahlah kepada pucuk pimpianan PAS untuk menentukan siapakah yang bakal di nobatkan sebagai calon untuk berdepan dengan umno/BN nanti.

Oct 26, 2008

Strategi Alias Abdullah tumbangkan Man Bakar


Pertandingan /perebutan jawatan tertinggi umno Marang telah berlalu.The Giant Killer senator Datuk Abdul Rahman Bakar kecundang juga akhirnya.Itulah hakikat dalam umno, dulu Man Bakar tewaskan Datuk Muda Mamat, kini beliau ditewaskan oleh exco kerajaan negeri yang juga muka baru dalam umno Marang, YB Yahya Khatib.

Kedua-duanya adalah orang MB Dato' Ahmad Said, namum dalam krisis perlantikkan MB Terengganu Datuk Rahman Bakar di lihat berada dibelakang Ahmad Said.Ini kerana dendam Rahman Bakar kepada Idris Jusoh selepas beliau tidak dicalonkan semula dalam PRU ke-12 untuk kerusi Parlimen Marang.


Namum Ahmad Said ketika itu tiada pilihan lain terpaksa juga menawarkan jawatan exco kepada Yahaya Khatib kerana hanya beliau sahaja agak boleh dipercayai selepas Alias Abdullah bersama-sama Rosol Wahid bermati-matian mempertahankan Idris Jusoh sebagai MB.


Kini, Yahya Khatib telah memenangi kerusi ketua Bahagian marang, Yahya menang hasil strategi yang baik disusun bersama Alias.Kesannya Man bakar The Giant Killer tersungkur dengan majoriti 198 mereka berdua mendapat angka yang sama Yahya dapat 412 undi sementara Man Bakar dapat 214.


Pemecatan Alias Abdullah sebagai Pengerusi ladang Rakyat Berhad, sebuah anak syarikat kerjaan negeri disaat saat kempen pemilihan umno Marang sangat rancak yang menyebabkan

telah bertekad untuk mengalahkan Rahman Bakar sekali gus melemahkan kedudukan MB ahmad Said itu sendiri.


Lantas mengambil jalan bijak dengan mengistiharkan gencatan senjata terhadap Yahya dan mengerahkan semua hulubalang serta senjata wang ringgit yang ada menyertai Batalion Yahya dan seterusnya menghalakan mucung senapang terus kepada Rahman Bakar.

Itu lah antara punca tumbangnya Rahman Bakar di Marang.

Mac 2008 Rahman terlepas kerusi Parlimen, angkara pengkhianatan Idris Jusoh, kini sekali lagi hulubalang Idris Jusoh mengesahkan bahawa Rahman tidak lagi bergelar Ketua Bahagian Marang.

Oct 8, 2008

DIARI YB

[ ditujukan khas kepada YB BN Hulu Terengganu yang bertanding Jawatan Bahagian Hulu Terengganu : YB Tg Putera, YB Mohd Noor, YB Rosol, YB Rozi, YB Zawawi...tidur cukup dok?]

Bangun pagi-pagi, Tamu dah menanti,
Bukan nak cari kopi, Nak tanya pasal subsidi.

Hai belum sempat sarapan, Dah ada pulak panggilan,
Kaum kerabat orang kanan, Nak mintak surat sokongan.

Jam baru pukul 8, YB kena lawat kawasan,
Tapi di tengah jalan, Pemudi tahan mintak bantuan.

Disambut dengan kompang, Ayam itik pun banyaklah tumbang,
Kemudian ditunjuk jalan berlubang, Suruh YB segera timbang.

Pada waktu tengah hari, Ada pulak jemputan kenduri,
Kalau YB tak pergi, Silap-silap nanti kurang undi.


Hai dalam sibuk-sibuk, Orang sakit YB jenguk,
Hai teruk ke tak teruk, Poket tetap YB kena seluk.

Ketika awal petang, Ada satu sidang,
YB tak boleh tak datang,
Takut nanti kerusi terbang.

Sebelum senja ke padang bola,
YB dijemput sampaikan piala,
Sambil tu mereka bertanya"
Jersi baru kami hai macam mana".

Bila malam tiba, Ceramah jadi agenda,
Kalau YB tak bersedia, Kena tanya mungkin ternganga.

Bila habis berceramah, Kampung lain YB singgah,
Bukan sekadar menjengah, Tapi nak tinjau masalah.

Walau dah lenguh badan, YB balik ke cawangan,
Di tanya orang harapan, Apakah strategi lawan.

Lewat malam di gerai tepi jalan, YB berembun melayan kawan-kawan,
Dengar pendapat dengar pandangan, Sambil tu kena lah belanja makan.

Sewaktu YB balik, Burung hantu pun rasa pelik,
Isteri sendiri pun dah tak larat celik,
Anak-anak pulak dah lama tergolek.


Selepas YB mandi, YB belek itu dan ini,
Kemudian picit-picit dahi sendiri,
Cari jalan nak tolong Pengundi.

Hingga dinihari YB tak tido lagi, Esoknya pagi-pagi,
Dah ada tamu menanti "Assalamualaikum YB…"

Ada peluang ke??????

Jul 28, 2008

Bubar Pas, Umno : Siapa perangkap siapa

Mursyidul Am Pas , Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat telah melontarkan sesuatu yang tidak terfikir oleh umno.Beliau secara bersungguh-sungguh mencadangkan agar PAS dan Umno dibubarkan lantas disarankan sebuah parti baru yang berteraskan Islam ditubuhkan dengan penyertaan dari kedua-dua ahli parti yang dibubarkan tadi.

Tuan Guru cetuskan perkara ini adalah ekoran salahfaham isu Muzakarah yang sengaja ditimbulkan oleh Presiden Umno Abdullah Badawi bagi meninbulkan kegelisahan ahli-ahli Pas.Hasrat dan kerja Abdullah badawi sedikit sebanyak telah berjaya menimbulkan kegelisahan ahli Pas, malahan juga berjaya menimbulkan suatu suasana keraguan Pakatan rakyat yang ditimbul oleh Pakatan Rakyat.

Usaha Abdullah badawi ini tidak lain dan tidak bukan kerana usaha memujuk Pas untuk bersama umno membentuk kerajaan di Selangor dan Perak telah gagal dan ditolak oleh PAS, kerana menyedari itu semua adalah nafsu umno selepas ditolak oleh Rakyat dalam pru 12.

Kini salahfaham terhadap isu muzakarah sedikit agak reda selepas pimpinan Syura telah memutuskan di JKR 10 bahawa tiada lagi isu muzakarah, yang ada hanyalah Muqobalah.Namum begitu bagi meneruskan kegelisahan ahli Pas, pemimpin umno terus terusan menggunakan perkataan Muzakarah melalui akhbar-akhbar arus perdana.

Pemimpin peminpin umno terus menerus meniupkan isu ini, sekaligus sebagai serampang 4 mata. :

Mata pertama untuk menimbulkan kegelisahan ahli PAS- Ada kejayaan.
Mata kedua sebagai melenyapkan isu kenaikan harga minyak- ada kejayaan
Mata ketiga melenyapkan isu/kes Altanyuya- ada kejayaan.
Mata keempat meretakkan Pakatan Rakyat-ada sedikit kejayaan.

Melihatkan bertapa umno teru-terus bermain dengan isu muzakarah, Tuan Nik Abdul Aziz dengan ilmu mantik yang bagi saya amat tinggi telah melontarkan satu cadangan iaitu PAS dan umno dibubarkan lalu ditubuh sebuah parti baru yang berteraskan dan berlandaskan Islam.

Bagi Pas sendiri, kedua-dua Tuan Guru ini( TGHAH dan TGNA) selalu sangat telah menyebut bahawa PAS sedia untuk dibubarkan sekiranya Umno bersedia melaksanakan Islam yang syumul.

Maka terkebil-kebil mata pemimpin Umno, Abdullah dan Najib yang selalu sangat menyebut isu muzakarah kelu tidak bersuara. Hanya beberapa pemimpin bahawan yang menolak pembubaran umno dengan alasan umno kononya sudah islam.Kecuali seorang menteri yang sebelum ini telah memberi peluang Dato' Seri Anwar Ibrahim berceramah secara live di TV melalui Debat khas, Ahmad Shabery Chek bersetuju dengan saranan Tuan Guru Nik Aziz tadi.

Kalau dalam isu muzakarah tempohari Abdullah cuba memerangkap PAS, kini nampaknya giliran umno pula terperangkap akibat daripada saranan pembubarn PAS dan Umno.

Ada juga ahli-ahli masih tidak faham dengan cadangan Tuan Guru ini, malahan Solahuddin Ayub Ketua Pemuda PAS sendiri menganggap ini adalah gurauan.Mana mungkin dalam isu yang begini besar Tuan Guru kita bergurau.

Sebenarnya ini lah hasrat Tok guru , ini perangkap tok guru untuk menempelak Abdullah Badawi dan pemimpin umno.

Ini lah masanya ahli-ahli Pas dikampung-kampung dan cawangan meyebarkan kepada umno bahawa parti umno akan dibubarkan oleh Abdullah Badawi dan semua ahli nya akan masuk Parti Islam.Walaupun sebuah Parti Islam baru akan ditubuh, percayalah dasar dan polisinya pasti tidak akan berubah dari apa yang dibawa oleh PAS sekarang, kerana Dasar PAS adalah Islam yang bertunjangkan Al-Quraan dan sesungguhnya Al-Quraan adalah satu.

-Ingatlah bahawa orang beriman itu tidak akan dipatuk oleh ular di dalam yang sama sebanyak dua kali.

Tapi seorang teman saya berkata" Kali ini kita menggali lubang untuk menangkap ular berbisa"

Ingat-ingatlah
Siapa Perangkap siapa?



Jul 27, 2008

Menegurlah dengan penuh Hikmah

[Dipetik dari forum tranungkite dengan sedikit ubahsuai]

asslamualaikum...
Saya ni ahli Pas... alhamdulillah .. aku tetap menyokong pimpinan pas selagi keputusan yg diambil adalah keputusan syura...aku hairan dgn mereka yang mengaku ahli.. tetapi masih lagi menyuarakan ketidakpuashati kepada pimpinan pas ,, samda Tuan Guru Persiden atau Ustaz Nasaruddin ...dalam hal muzakarah ke muqabalah ke....

Kebanyakannya hanya berdasarkan ketidakpuashatian terhadap isu2 yang terjadi... menyalahkan umno seratus peratus...akibatnya benci yang meluap2 terhadap umno.. agak-agak aku kot2 mereka2 ini hidup zaman nabi tentulah mereka ini pandang wajah musailamah kazab.. atau abu jahal atau abu suffian sebelum sabu suffian masuk islam.. agaknya .. kot mereka ini ada dibelakang nabi ketika fathul mekah.. abu sufian datang tentu mereka melihatnya dgn kebencian yang meluap-meluap ... macam la sekarang..

Pimpinan baru jumpa dengan umno tanpa usul periksa.. dah bermacam-macam sangka buruk yang timbul... aku ingat segala pengalaman yang dilalui oleh Tuan Guru Presiden ., Hj Mustaffa Ali, Nasarudin Mat Isa.. kot nak dibandingkan degan pengalaman dan mehnah yang pernah dihadapi oleh golongan yang masih takpuas hati ni.[walaupun dua-dua tok guru dah jelaskan].. jauh langit dan bumi agaknya... agak-agak keras tak teguran saya tu... maaf kalau keras... pimpinan yang kita sayangi biarlah mereka menguruskan selagi mereka melalui syura dan tidak bercanggah dengan AlQuran dan Hadis ...

Mereka-mereka yang mangaku dah wala' tu kena lah sokong....
Bagi ahli pas sekiranya ada perasaan tidak puashati itu hak anda sebab kita manusia yang bebas meluahkan ketidakpuashatian itu selagi tidak mengakibatkan haru biru dan tidak bercanggah dengan Al-Quraan dan hadis.. Sejarah : aku teringat ketika pas mula bekerjasama dgn s46 dulu... jemaah islah timbul dari ustas idris .. mustapha taib.. mana mereka sekarang[dah masuk umno]... dan hikmah kerjasama itu amat besar.. dan hasil nya kita lihat sendiri... berapa ramai ahli 46 yang masuk pas setelah Tengku Razaleigh membubarkan S46 dan masuk umno... ketika itu suara yang menyanggah amat besar.. hingga apa yang tidak dikatakan ketika itu oleh ustaz idris kepada Tok Guru Nik Abd Aziz kemana mereka sekarang ingatlah saudara.. apa pun sahaja pendapat dan pandangan saudara ... saudara bebas untuk tidak setuju atau setuju... cuma amarah perlu diketepikan ketika membuat pertimbangan..... kerana :

1. Media memamutarbelitkan banyak statment dari pembangkang..
2. Provokasi dari cybertrooper umno
3. Pimpinan kita tidak maksum... tetapi kehadiran syura akan meminimakan kesalahan mereka..

Siapa yang yang tidak melakukan kesilapan di dunia ini.. .. saya pun ada rasa tak puashati tapi jagalah adab.... tapi saudara boleh menyindir mengata lagi kepada pimpinan pas jika

1. Saudara ahli pas tapi adab dalam menegur tak belajar

2. Jika sebanarnya saudara ini adalah cybertrooper umno

3. Jika suadara seorg yang begitu terlupa.. dan terlupa komen2 saudara tu membantu musuh...

Teguran ini untuk sesiapa yang menegur dgn tidak beradab sejak isu ini timbul.. mana2 menegur dan menyatakan kegusaran dgn dgn beradab.. alhamdulliah saudara2 lah yang membantu jemaah...

Akhirnya dalam ketika kita menyebut berbicara tentang muzakarah,muqabalah maka marilah kita Muhasabah diri kita sendiri, sebelum kita menunding jari.

Jul 26, 2008

Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru

[ Ini adalah artikel dari Malaysiakini-saya sangat gembira dengan Tok Guru Nik Aziz]

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.


Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini .

Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.