Nov 12, 2009

Terengganu bakal dapat 3 Exco baru.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Said dijangka akan membuat rombakan kabinet sebaik sahaja selesai perbentangan bajet 2010 Terengganu di Dun Terengganu Disember nanti.

Menurut sumber dari Tingkat 16 Wisma Darul Iman, rombakan ini melibatkan pengguguran tiga orang exco lama dan akan diganti dengan 3 orang yang baru. Tiga muka baru exco ini adalah antara mereka yang terlibat dengan geng 10 budak hitam yang satu ketika dulu memboikot sidang Dun Terengganu kerana tidak setuju dengan Ahmad Said.

Tiga nama yang disebut oleh sumber tersebut akan bersama-sama Ahmad Said dan sekaligus meninggalkan kem Idris Jusoh adalah Din Adam ( Bukit Besi), Mohd Ramli Noh(Tepoh) dan Ramlan Ali (Jabi).

Dengan perlantikan 3 exco baru ini bermakna 3 exco lama yang akan digugurkan.Sumber tersebut tidak mahu pula menyebut dengan jelas ketiga-tiga Exco yang akan digugurkan oleh Ahmad Said.Walaupun begitu para pemerhati politik melihat Adun Batu Rakit, Kazan Che Amat semacam sudah antara salah seorang dari mereka yang digugurkan.

Dengan prestasi kerja dipertikai sendiri oleh kakitangan JHEAT serta seringkali membelakangi arahan MB sejak akhir-akhir ini.Malah beliau sendiri tidak hadir didalam Majlis pendamaian Umno Setiu bersama MB.Melihat kepada perkembangan sejak akhir-akhir ini dimana Mohd Ramli Noh seringkali mengambil alih tugas Exco tersebut.

Dalam ini sumber tersebut tidak berani pula mengesahkan siapa yang pujuk siapa, kebijaksanaan siapa yang mampu menarik siapa.

Apa pun menurut sumber dari Batu Rakit menyatakan bahawa kelicikan Mohd Ramli telah berjaya membodek Ahmad Said.

Adun Paka Zakaria Abdullah dilihat sangat kecewa dengan perkembangan terbaru ini, beliau sudah lama memasang angan-angan untuk menjadi Exco, kegagalan Idris Jusoh mengangkat sumpah sebagai MB pada Mac 2008 adalah satu tamparan kepada beliau, kerana beliau adalah antara yang Idris Jusoh senaraikan sebagai Exco.

Apa pun tindakan Ahmad Said ini adalah sebagai memperkemaskan kekuatan diri dan Umno Terengganu bagi menghadapi PRU ke-13 selepas beliau menilai prestasi Exco masih tidak memenuhi KPI yang ditetapkan.

Bagi pemimpin dan penggerak PAS di Terengganu janganlah memandang ini semua sebagai suatu yang remeh dan tiada kena mengena dengan PAS.PAS mesti mengambil tahu perkara-perkara sebegini, semestinya selepas rombakan Exco tersebut akan ada keretakan dalam kalau tidak banyak pun paling kurang sekelumit bagi yang kena gugur itu.

No comments: